BERSATU !
bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu.
ayat keramat ini akan tinggal sebagai nyanyian anak cucu cicit kita dimasa yang akan datang sekiranya tingkah laku dan peal perangai para pemimpin MELAYU seperti hari ini berterusan tanpa penghujungnya.
Lantaran RTM mengadakan siaran langsung selama setengah jam untuk rakyat mengikuti persidangan parlimen maka terpaparlah gelagak para pemimpin yang dipilih oleh rakyat secara demokerasi. Setengah orang kata macam serkes bermakna seperti badot dan segala macam binatang piliharan seperti Singa, Harimau, Gajah, Kuda, Anjing, Monyet dll.
Kadang-kadang perbahasan terpesong dari tajuk asal, kata mengata dengan ayat yang menyakitkan hati, jadi kacau bilau tak tentu arah, bahkan kadang-kadang seperti tidak bertamaddun dan memalukan. Anak anak yang kurang faham melihat siaran itu seperti melihat program cerita lucu, tunjuk menunjuk, kata mengata menjadi mainan biasa. Inikah wajah wajah yang akan membuat dasar negara. teruk teruk dan dah melampau.
Yang sedihnya, mereka yang bercakaran itu adalah anak-anak bangsa MELAYU yang berpendidikan, yang dicanangkan akan menjadi pemimpin besar negara dimasa yang akan datang, yang selalu memberi pedato berapi-api, soal ketuanan melayu, soal membasmikan kemiskinan melayu, soal masa depan bangsa melayu dan soal perpaduan orang-orang melayu. Sedangkan dalam Dewan Rakyat yang mulia mereka menzahirkan perangai tidak ada persefahaman diantara pemimpin melayu.
mana slogan kepimpinan melalui teladan, mana slogan BERSATU, mana slogan hidup MELAYU, adakah slogan-slogan ini hanya retorik untuk menjaja diri supaya dipilih menjadi salah seorang pemimpin melayu, walhal hipokret penuh dibadan yang didalamnya ada nanah yang punah.
Sedarlah pemimpin bangsaku. bersikaplah semacam pahlawan melayu yang CINTAkan negeri melaka dizaman dulu. Tunjukkan sebagai seorang melayu yang penoh dengan ilmu persilatan yang menang bertarung tanpa mengunakan senjata. Bangkitlah dengan kesedaran bahawa perjuangan sebenarnya untuk Agama, Bangsa dan Negara, Kikiskanlah sifat permusuhan sesama sabangsa, ikhlaslah dalam memberi dan menerima salam. Pacukanlah semangat ingin BERSATU kerana bersatu kita teguh.
Signal telah kita terima, masa sudah tidak mengizinkan kita untuk bercakaran sesama MELAYU, kerana melayu itu ISLAM dan SULTAN adalah ketua Agama ISLAM dan adat istiadat Melayu.
Melayu telah dihina dan Sultan telah dipersenda.
Mana kasih sayang dan CINTA kita pada Agama dan Raja, sedangkan wakil kita berada didalam dewan yang mulia tidak buat apa-apa, bahkan masih bersengketa, bangsa lain ambil kesempatan cerca Bangsa kita, kita hanya boleh berkata-kata tapi kuasanya dimana?.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "jangan hanya CINTA dibibir saja"
No comments:
Post a Comment