Adalah disarankan kepada RTM, TV3, Astro dan rangkaian television serta semua surat kabar supaya mengadakan ruangan poll atau jaringan SMS untuk ahli-ahli UMNO seluruh negara memberi pendapat ataupun memaklumkan pendirian masing masing iaitu bersetuju atau pun tidak untuk menjejak langkah Tun Dr. Mahathir, keluar daripada menjadi ahli UMNO dan akan menyertai kembali apabila Pak Lah berhenti jadi Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia.
Kita akan dapat tahu dalam masa terdekat apakah ada kesan terhadap parti dengan tindakan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir, kita tidak mahu hanya pemimpin diperingkat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Perhubungan ataupun Ketua Bahagian saja yang memberi pendapat dan disiarkan oleh media cetak dan eletronik, pendapat ahli ahli diakar umbi pun kita hendak tahu, barulah dapat kita nilaikan keberkesanan sebenar.
Musa Hitam kata, tindakan Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO kena pada masanya kerana sudah tercabut duri dalam daging, perlu diingat beliau ada masaalah dengan Tun Dr. Mahathir, YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir kerana beliau ada agenda untuk memertabatkan parti apabila diberi mandat menjadi Presiden UMNO pada bulan Disember nanti. Dato' Shahril Samad mengangarkan Pilihanraya UMUM akan diadakan bagi membolehkan Kerajaan Baru dibentuk sekiranya terdapat beberapa Ahli Parlimen dari UMNO mengikut jejak Tun Dr. Mahathir. Beliau pernah keluar UMNO dan bertanding atas tiket bebas bagi menunjukkan protes terhadap Tun. Dr. Mahatihir semasa Tun jadi Perdana Menteri.
Dulu semasa Tun Dr. Mahathir berlawan dengan Musa Hitam dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, beliau ada Tan Sri Sanusi Joned, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai hulubalang bagi membelasah sesiapa saja yang menyentuh kepimpian Tun Dr. Mahathir. Tapi kini suasana dah berlainan. Tun masih di CINTAI oleh Tan Sri Sanusi tapi dalam posisi yang berlainan. Dato' Seri Anwsar Ibrahim pula sudah dijadikan musuh oleh Tun. Bagaimana perjalanan Tun seterusnya?, siapa tokoh yang ternama akan bersama Tun. Ramai lagikah orang masih MENYINTAI Tun? apa yang ditakuti adalah seperti kata:-
Ayat-Ayat CINTA, "habis madu sepah dibuang"
No comments:
Post a Comment