Saturday, May 24, 2008

'NAFSU'

Istilah 'Duri Dalam Daging' yang di war war kan oleh Tun Musa Hitam terhadap Tun Mahathir telah dijawab oleh Tun Mahatihir dalam blognya. Diantara isi yang menarik ialah bagaimana Tun Musa hitam mempergunakan YBM Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Tun Mahathir.

Begitulah dunia politik, apabila kita mengatakan orang tak betul, orang juga boleh mengatakan kita tak betul, tapi orang ramai boleh menilai terhadap tindakan kita, sejarah hidup kita, rekod perkhidmatan kita dsb. Oleh itu dalam kemelut politik UMNO hari ini,kita akan berdepan dengan banyak perkara, selain dari kemelut kepimpinan ianya juga menyentuh peri hal penyokong yang menyokong secara membabi buta, tanpa fakta dan sejarah yang betul. Pakai tangkap maut saja. Ini yang akan menyebabkan UMNO semakin parah.

Semua orang yang berkepentingan, akan berpihak kepada pemimpin yang ada kuasa, pemimpin yang boleh memberi mereka keuntungan, boleh menjamin masa depan mereka dan boleh beri apa yang mereka minta, ertinya mereka tak akan menilai terhadap pemimpin. Pemimpin boleh buat apa yang dia suka, tidak ada siapa yang peduli asalkan permintaannya ditunai. Lainlah yang berkepentingan tapi tak dapat apa, mereka ini akan sentiasa menilai pemimpin, mana yang pemimpin lakukan perkara yang tidak betul mereka belasah.

Jesteru itu, dalam masyarakat hari ini dihidangkan berbagai-bagai parti politik, UMNO, PAS & Keadilan (Melayu) sebenarnya tujuan sama, nak berkuasa dan konon nya nak melaksanakan tanggongjawab. Kalau yang jadi PM besar kuasanya, boleh buat apa yang dia suka, nak beri projek kepada anak bini ke, nak pergi melawat ke luar negara ke, nak dapat komisen projek ke, semuanya boleh, TPM pun begitu tapi kena sedikit berhati-hati, Menteri pun sama, gomol setakat nak selagi ada peluang.

Sebut saja ada kuasa, cita cita pun besar, nafsu pun besar, makan pun besar. Maklumlah orang panggil pembesar, dan untuk mempertahankan kuasa yang besar besar ini, mereka gunakan slogan, "Berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara". slogan CINTA pada tanahair akan dijaja diseluruh pelusuk negara, rakyat pun telopong mendengar syarahan. Yang miskin terus jadi papa kedana. Para pembesar terus jadi kaya raya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "pilih intan ataupun permata".

No comments: