Friday, May 30, 2008

TOL pula naik, harap rakyat Indonesia tak naik 'minyak'

Hari ini Kerajaan Indonesia mula menguatkuasa menaikkan bayaran TOL sebanyak 12%, wah gawak lagi di Negara jiran kita ini. Isu kenaikan harga minyak petrol masih belum reda, tunjuk perasaan berlaku setiap masa, hari ini ditambah pula dengan isu baru. Memeng hebat negara jiran kita ini. Sesuai lah slogan "Indonesia BISA" dilancarkan hari ini.

Pagi ini kota Jakarta tenang, rakyat menjalankan kehidupan harian seperti biasa, jalan jam, kenderaan sesak dijalanraya. tapi air tenang jangan disangka tiada buaya, kebetulan pula hari ini hari Jumaat, hari kebiasaan berlakunya unjuk rasa. Biasanya lepas solat Jumaat akan berlaku malapetaka dengan tiba tiba.

Dengan dua isu yang ada kaitan terus dengan kehidupan manusia, saya rasa suasana disini tidak akan setenang seperti hari ketibaan saya, desas desus kedengaran bahawa rakyat jelata tidak akan membiarkan beban kehidupan ditanggong demikian rupa. Kerajaan harus didesak, supaya rakyat akan hidup selesa. Walau pun mereka CINTA pada negara, tapi mereka juga tidak akan setia sekiranya periuk nasi mereka tidak terbela.

Di Malaysia lain pula cerita, soal kaji semula subsidi, agenda politik diteruskan, YBM Tengku Razaleigh akan terus dengan agendanya untuk memberi khidmat kepada negara melalui proses demokerasi ala UMNO.

Dengar khabar, bermula hari ini beliau akan turun bertemu dengan ahli ahli diperingkat akar umbi di negeri kelahirannya, Kelantan Darul Naim. Satu tindakan yang betul, berjemak berkira dengan anak beranak untuk memulakan kenduri yang besar adalah satu amalan yang bijaksana, dan anak beranak pun tak boleh membuat helah, untuk tidak menyertai sama bagi menjayakan kenduri tersebut, kalau ada waris warah tak ikut sama bagi memeriahkan kenduri tersebut, ini bermakna orang itu sebanarnya, jahat budi halor basa.

Begitu jugalah dalam politik, untuk kita menawarkan diri mahu bertanding sesuatu jawatan, adalah manis kita berjemak berkira dikalangan sahabat handai, kawan rapat dan penyokong. kerana mereka akan membantu kita dalam apa hal sekali pun. Soal kalah menang bukan perkara pokok untuk menghalang daripada menawarkan diri untuk bertanding disaat ini.

Apabila sampai saat dan waktu, pertimbangan yang waras hendaklah dibuat, sama ada mahu meneruskan hasrat ataupun tidak apabila ada sifir yang perlu dibaca dan ada jawapan yang boleh menentukan menang ataupun kalah dan apabila dah tahu nak kalah tak usah terak untuk meneruskan pertandingan kerana kalau teruskan juga tak cerdik namanya.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "usah dirayu pada yang tak sudi".

No comments: