YB. Abdul Ghafur Salleh dan YB. Anifah Aman dari Sabah, dua nama yang tak asing lagi bagi pemerhati politik tanahair sejak kabinet baru Pak Lah diumumkan. Penolakan jawatan Timbalan Menteri oleh mereka berdua memangnya atas sifat kepentingan peribadi. Mereka ada alasan yang menasabah menolak jawatan tersebut, apatah lagi bagi mereka wang ringgit dan pangkat bukan menjadi kejarannya, Dan kini mereka berdua menjadi hero didalam Parlimen.
Tuntutan supaya kerajaan jangan jadikan Sabah negeri kelas 2 memeranjatkan rakyat jelata,khasnya dari semenanjong, rata-rata berpendapat tuntutan ini semacam memberi kata dua kepada Kerajaan supaya negeri Sabah diberi perhatian yang khusus setelah rakyat Sabah memberi kemenangan yang cemerlang kepada Barisan Nasional (BN). Terutamanya peruntukan Pembangunan dan Jawatan Menteri Penoh dan kanan.
Perkataan perkataan seperti: menyakitkan hati, lebih baik tinggal dirumah teres daripada tinggal dirumah banglo tapi tercuruk ditepi tandas, atau pun terpaksa tinggal dirumah kampung seperti signal kepada kerajaan, kalau tak turut kehendak mereka,maka mereka bersedia untuk keluar daripada BN dan menubuhkan parti baru (bererti pembangkang).
Semacam ada persetujuan diantara mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila isu royalti minyak untuk sabah dinaikkan 20% daripada kadar sekarang dibangkitkan, dan diharapkan isu yang sama ini tidak menjuruskan pula sebagai pakatan untuk meruntuhkan kerajaan BN, seperti yang menjadi pokok perbincangan rakyat hari ini.
Nampaknya orang Sabah banyak pilihan kali ini, sekiranya mereka tidak menyukai kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Pak Lah, mereka boleh mencadangkan peralihan kuasa berlaku sebelum bermulanya persidangan UMNO Bahagian pada bulan Julai nanti dengan mencadangkan YAB Dato' Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri atau kalau mahu tukar Presiden Parti UMNO mereka bolehlah mencalunkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO untuk bertanding pada bulan Disember ini dan sekiranya mereka sudah muak dengan pemimpin UMNO mereka bolehlah melompat keluar dan menyokong Parti PKR,DAP dan PAS dan membentuk 'Kerajaan Malaysia Baru' yang akan dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tak payah ugut-ugut, pisau sudah ditangan. Buatlah apa yang suka, jangan pula tersalah teka, CINTA yang dicampak, malapetaka yang menyusun tiba. Apabila sifir tidak kena,rakyat nanti akan bertanya, yang terjadi ini angkara siapa? dan apabila rakyat murka, padah jawabnya.
Bak kata Ayat0-Ayat CINTA, "hubaya-hubaya lah bermain CINTA, kalau tersilap sangka tubah badan akan merana".
No comments:
Post a Comment