Friday, May 2, 2008

MATA bertentang MATA

Minggu ini saya akan balik ke Kelantan bagi meninjau perkembangan politik UMNO disana dan tentunya mahu mengetahui reaksi rakyat dan ahli UMNO Kelantan berhubung dengan pengumuman YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang bersedia untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO sekiranya cukup pencalunan pada Persidangan Agong UMNO bulan Disember 2008.
Di Kelantan terdapat 14 Bahagian, YBM Tengku Li memerlukan sokongan yang padu dari ahli-ahli UMNO Kelantan dalam erti kata Ku Li memerlukan sebanyak mungkin pencalunan. Sekiranya UMNO masih lagi mengamalkan sistem yang sedia ada, YBM Ku Li hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 60 pencalunan, ini bererti YBM Ku Li masih memerlukan 46 pencalunan daripada negeri lain sekiranya di Kelantan beliau mendapat penoh.
Tentu ada orang kata MUSTAHIL bagi YBM Ku Li mendapat 14 pencalunan di Kelantan, kerana masih ada orang beranggapan ahli-ahli UMNO Kelantan masih lagi tidak bersatu dan berpecah belah, lagi pun orang-orang yang berkepentingan dengan Pak Lah tentu tidak akan mencalunkan YBM Ku Li.
Percaya atau tidak, saya cukup optimis pada kali ini YBM Tengku Li akan mendapat penoh pencalunan daripada Kelantan sekiranya perjalanan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian berjalan mengikut peraturan tanpa campurtangan pucuk pimpinan Bahagian menghalang ahli membuat pencalunan dan Pengerusi tetap menjalankan persidangan dengan telus.
Rakyat Kelantan khasnya ahli-ahli UMNO terlalu unik berpolitik, dengan alasan inilah saya menganggarkan YBM Tengku Li akan beroleh pencalunan, kerana rata-rata ahli-ahli UMNO Kelantan menCINTAI YBM Tengku Li sebagai pemimpin mereka, ahli-ahli UMNO Kelantan masih menyanjungi beliau sebagai 'Anak Raja Berjiwa Rakyat", maka tidak payah bagi YBM Tengku Li dapat sokongan dari akar umbi.
Ini semua akan berlaku sekiranya tidak ada permainan dan muslihat semasa Persidangan Perwakilan Bahagian nanti. Dan bagi mengelak perkara sebegini berlaku YBM Tengku Li hendaklah mengajak Ketua-Ketua UMNO Bahagian bertemu mata dengan beliau supaya perasaan kekitaan dan kemesraan terjalin.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, " apabila bertentang mata,maka berputiklah CINTA"

No comments: