Saturday, December 27, 2008

# entri 1 - MENJELANG TAHUN BARU

gambar sekadar hiasan

Warga Asing Mudah Mendapat PR ?
Apa mungkin menjelang tahun baru ini kebanjiran warga asing ke negara kita akan menjadi kebiasaan? Kelonggaran bagi mereka mendapatkan PR di MALAYSIA seolah-olah membuka ruang untuk menempatkan mereka di kelompok rakyat MALAYSIA. Atau ini adalah saranan baru bagi menjadikan MALAYSIA sebagai negara 'berbilang kaum'?


Friday, December 26, 2008

Perilaku tercela

Dua perkara yang kita harus benci, iaitu orang yang Ri'yak dan Munafik.


"Ketika Allah menghendaki kebinasaan seseorang, maka dia diberi tiga hal:-

1. Diberi ilmu namun tidak dapat mengamalkannya seperti ulama

2. Diberi teman yang soleh namun tidak dapat mengenal hakikatnya

3. Dibukakan pintu ketaatan baginya namun tidak dapat berbuat ikhlas.

Inilah diantara perkara perkara yang dapat kita nampak dalam gejala kehidupan manusia hari ini terutamanya apabila manusia itu di angkat sebagai pemimpin. Perbuatan dan perangainya mudah berubah, kalau dah ada sedikit nama dan kuasa maka cula sebenar perangai terdedah dengan mudah, cara bercakap cara bertindak dan cara membuat keputusan melahirkan perkara sebenar iaitu Ri'yak dan Munafik.

Ri'yak dengan tutur kata dan memek muka dan wajah, tak mahu mendengar pandangan orang, percakapan orang dipotong tidak bertepat, keputusan yang dibuat secara solo dijadikan keputusan mutlak, menjalankan oraganisasi seperti mentadbir harta mak bapak, dapat jawatan yang diberi bercakap macam dialah orang yang paling berkuasa.

Begitu juga manusia mudah menjadi munafik apabila ada kuasa. Cakap lain buat lain, cakap mahu ketelusan, mahu berlaku adil, tidak akan melakukan penyelewangan, tapi perbuatannya lebih dahsat dari hantu dan syaitan. Cakap lain buat lain, janji itu dan ini, janji tak pernah ditunai bahkan janji hanya sebagai alat menipu. Ini semua adalah gejala kehancuran, kalau orang munafik memimpin parti politik alamatnya parti itu akan menemui kehancuran.

Dalam menentukan keutuhan sesautu bidang itu, pemimpin yang Ri'yak dan Munafik hendaklah disingkirkan, jangan biar dia dapat bertapak lama, kerana Allah tidak menyukai lepada orang yang Ri'yak dan Munafik.

Disyorkan semua peringkat terutamanya ahli ahli UMNO membincangkan topik perilaku tercela iaitu Ri'Yak dan Munafik dari kalangan pemimpin UMNO Bahagian semuga ianya dapat dihindirkan daripada kebinasaan Allah swt.



Perilaku tercela

Monday, December 22, 2008

Lawatan dan Kursus UMNO Ketereh.

Ahli Jawatankuasa 4 peringkat UMNO Bahagian Ketereh akan ke Negeri Melaka, kota bersejarah, kursus nama nya. Hebat juga, setelah AJK berpenat lelah menguruskan persidangan masing masing, hadiah diatas kerja kuat itu ditawarkan oleh pimpinan bahagian melawat sambil belajar dan mengisi agenda untuk terus berkerja bagi memantapkan perjuangan untuk parti dimasa yang akan datang terutamanya menyusun gerak kerja dikalangan ahli AJK yang tengah bersemangat untuk bekerja dan menabur bakti.

Khabarnya selepas di Melaka mereka ke tanah seberang, entah apa namanya. Semuga program ini tidak dilibatkan dengan pemilihan dalam UMNO pada mac depan.

Selamat Maju Jaya.

Friday, December 19, 2008

Naik cepat pun salah, Naik lambat pun salah?

Tinggal 11 hari lagi, tahun 2008 akan meninggalkan kita, sepanjang perjalanan tahun 2008, banyak berita yang kita dengar dan kita lihat. Ada yang suka, pilu, duka dan bermacam macam lagi kisah, baki 11 hari ini mungkin banyak lagi cerita yang akan kita dengar dan lihat. Berdoalah semua dalam penghujung tahun 2008 tidak akan berlaku malapetaka kepada negara kita. Biarlah rakyat dapat mengecap nikmat keamanan dan kebahagian seperti yang lepas lepas.

Jangan jadi macam Indonesia, tiap tiap hari ada tunjuk perasaan, pasal harga minyak turun pun ada tunjuk perasaan bantahan, kenapa kerajaan umumkan minyak turun secara mendadak. Aduh dah tak faham dunia ini, naik pun salah turun pun salah, cepat naik pun salah, lambat naik pun salah?. Letih memikirkan gelagat manusia dizaman ini.

Di negara kita, pilihanraya kecil di Kuala Trengganu jadi perhatian, yang ku dengar, kedua dua parti iaitu UMNO dan PAS masing masing susah nak pilih calun, kerana pilihanraya kali ini PAS dan UMNO perlu menang. Maka berbagai bagai nama disebut, orang yang layak dicalunkan, tak kurang juga yang melobi nak jadi calun. Siapa pun jadi calun bukan besar sangat penentunya parti mana yang menang.

Yang pentingnya, tiap tiap parti hendaklah ahlinya bersatu dan bekerja kearah kemenangan dan dalam hal ini PAS nampaknya lebih bersetia untuk menyokong siapa saja yang diputuskan ahli parti untuk disokong. Tapi nampaknya UMNO tidak, ahli ahli parti nak tengok dulu siapa calunnya, kalau calunnya dikira ok barulah nak bekerja dan berkempen, kalau tidak, jadi penonton lah jawabnya. Maka sakitlah parti dan apabila parti sakit calunnya akan jadi lebih sakit dan apabila ini terjadi KOlah jawabnya parti.

UMNO boleh menang di Kuala Trengganu sekiranya pengundi pengundi muda menyokong dan memangkah UMNO dalam pilihanraya nanti, maka pilihlah calun yang orang muda ada selera untuk menyokongnya, tentu pucuk pimpinan tahu siapa gerangan orangnya. Zubir Embong masih bertenaga.

PAS akan menang mudah sekiranya UMNO masih ada kem-kem.

Wednesday, December 17, 2008

Kuasa untuk Rasuah?

Kementerian sumber manusia sedang berusaha untuk menyekat pekerja asing supaya tidak diberi kerja di negara kita. Dengan memberi penekanan sektor pekerjaan tidak mengambil rakyat asing untuk berkerja.

Ini adalah satu cadangan yang baik, sekiranya kementerian sumber manusia bersungguh sungguh nak tolong rakyat tempatan supaya dapat pekerjaan, hanya yang akan dipersoalkan adakah benar rakyat malaysia mahu cari kerja dan berkerja di sektor sektor yang sekarang ini dimonopoli oleh rakyat asing, seperti kerja dikilang kilang yang berat dan panas, kerja diladang ladang dan kerja sebagai koli di projek projek perumahan.

Menteri itu sebelum bercakap nak buat cadangan, kena fikir dulu akan kebenaran dan logiknya isu itu, kalau harapkan rakyat malaysia maka ranaplah sektor pertanian seperti ladang getah dan kelapa sawit kerana kurang tenaga boroh, ini disebabkan jarang rakyat malaysia mahu bekerja ditempat tersebut.

Saya setuju dengan pandangan Setiausaha Agong CUEPACS, yang mengatakan bahawa dengan kemasukan begitu ramai pekerja rakyat asing ke negara kita ini ianya akan menafikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan boleh menimbulkan masaalah sosial. Hanya sekadar ingatan, walaupun peluang ada untuk rakyat tempatan adakah rakyat tempatan mahu bekerja dengan gaji yang murah sepertimana yang dibayar kepada pekerja asing?.

Peluang pekerjaan satu hal, gaji pula satu hal, majikan tentunya tidak mahu rugi dan pastinya mahu dapat untung, lagi banyak untung lagi mahu. Disinilah akan menjadi persoalan. Kalau tak benar pekerja asing masuk adakah majikan dapat beroperasi seperti hari ini, adakah rakyat tempatan mahu bekerja denga gaji yang murah itu. Dan apabila tidak ada pekerja, bagaimana dengan majikan, adakah kita mahu majikan menutup perniagaan dan sekiranya perniagaan ditutup akan menambahkan lagi pengangguran dikalangan rakyat kita. Mahu kah kerajaan melihat ini berlaku, hanya dengan cadangan seorang menteri yang tak cukup pengalaman.

Atau cadangan itu dibuat supaya kuasa kemasukan pekerja asing diperturunkan kepada kementeriannya dan menteri mempunyai 'hak' sama ada membenar ataupun tidak satu satu majikan itu membawa masuk pekerja asing. Dan setelah ini berlaku, maka ada pula cadangan bahawa kerajaan kena membenarkan kemasukan pekerja asing kerana permintaan tenaga kerja yang kritikal, bagi mencambahkan pertumbuhan ekonomi dan berbagai bagai alasan lagi bagi membolehkan rakyat asing datang bekerja di negera kita ini dengan syarat kuasa kelulusan kemasukan itu hendaklah mendapat kelulusan 'khas' menteri sahaja.

Apabila ini berlaku, maka jadilah seperti 'kebenaran khas' kemasukan pekerja warga bangladesh ke negara kita ini, yang mana menteri pada ketika itu memberi kebenaran sesuka hatinya kepada siapa yang dia berkenan, kadang kadang kebenaran yang diberi melebihi daripada keperluan sebenar sesebuah syarikat. Kenapa?...........(mengikut Dato' Nazri Aziz, semasa menjawab soalan di parlimen, pendakwaan kes rasuah tidak ada tarikh tertentu, sesiapa yang membuat salah sepuluh tahun lalu pun boleh didakwa sekiranya ada bukti).

Elok benarlah sekiranya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat sistem yang terdapat di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dulu semasa Dato' Radzi Sheikh Ahmad menjadi menteri sebab ada beberap PERKARA YANG MENCURIGAKAN, kerana pendakwaan terhadap bekas Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah jabatan Imigresan itu hanyalah episod sampingan dan penghujung.

Disyorkan juga supaya BRP membuka satu kertas penyiasatan, berhubung dengan kelulusan pemberian PR kepada warga Asing, kerana ada yang mendapat kel;ulusan dengan mudah sekali, dah lah mereka dapat PR dengan mudah, samseng pula dengan rakyat kita, Ego dan Sombong, entah bayar income tax (cukai pendapatan) ataupun tidak dalam urusan perniagaannya.

Saya suka sekiranya BPR mahu berkerjasama dengan saya bagi menghalang kerja kerja orang yang mahu hidup senang tapi mengamalkan RASUAH.

Tuesday, December 16, 2008

Suruhanjaya rasuah jadi bahan ketawa?

Diparlimen bincang pasal rasuah, didalam TV bincang pasal rasuah, dimahkamah bicara pasal rasuah, pemandu teksi cakap pasal rasuah, orang kampung dikedai kopi cakap pasal rasuah, orang politik tak kira PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, SUPP, PBB dan banyak lagi semuanya cerita dan bercakap pasal rasuah.

Semuanya kerana kerajaan nampak bersungguh untuk membendung gejala rasuah, akta dan penubuhan suruhanjaya telah dibentang diparlimen, wakil rakyat bahas, ada yang sokong 100 peratus ada yang sokong separuh. Pokoknya semua orang bercakap pasal rasuah.

Tapi sebenarnya ramai orang tertipu, kerana rasuah itu tidak akan dapat dihapuskan selagi manusia ada nafsu. Undang undang dicipta untuk mendapat simpati rakyat supaya partinya disokong pada pilihanraya, semata matanya nak jadi kerajaan, nak jadi Perdana Menteri ataupun Menteri, setidak tidaknya menjadi pengerusi agensi yang akan dapat kemudahan seperti kereta dan pemandu, pejabat, setiausaha dll kemudahan hidup.

Tak kira mereka itu dari parti kerajaan sekarang atau pun pembangkang, retoriknya akan dicanang untuk menjadi jaguh diatas isu yang boleh memikat hati rakyat, oleh kerana rasuah adalah isu kebenciaan rakyat maka isu rasuah dijadikan modal, diraih dan dijual, di uli molek molek supaya nampak bersungguh, tapi matlamatnya kabur.

Siapa sebenarnya orang yang dikatakan rasuah, apakah mereka itu kena didakwa dulu dan didapati bersalah baru di anggapakan rasuah, atau tindakan mereka yang memaksa untuk mendapat sesuatu daripadanya dengan menggunakan kuasa dianggap rasuah, atau bagaimana sebenarnya rasuah itu?.

kalau nak nanti mahkamah jatuh hukum baru dikatakan rasuah, alamatnya sia-sia lah suruhanjaya ditubuhkan, kerana setiap detik denyut nadi bergerak maka sebanyak itulah rasuah berlaku dan dalam sehari itu kadang kadang tak ada satu pun tangkapan dibuat berhubung dengan rasuah.

Ertinya rasuah akan tetap berlaku sekiranya orang yang diberi kuasa tidak amanah dan dipilih daripada mereka yang tidak takut kepada dosa dan neraka. Oleh itu bagi menyakinkan, kes kes besar hendaklah didahulukan pendakwaannya, terutamanya yang melibatkan Menteri ataupun bekas Menteri, cari puncanya kerana tak akan bergoyang pokon kalau tak ditiup angin.

Jangan lepaskan mereka yang menjadi kaya raya dengan melakukan rasuah, tidak jujur dan amanah semasa berkuasa. Berkesan ataupun tidak isu hendak membendung rasuah penyalahgunaan kuasa akan terbukti sekiranya ada tindakan susulan daripada Suruhanjaya Pencegahan rasuah yang baru dibentangkan diparlimen. Dakwa mereka yang telah pun ada kertas pertuduhan tak kira kes mereka itu lama ataupun baru, jangan biarkan mereka ketawa kerana mereka tahu bahawa mereka adalah pelakun rasuah tapi terlepas daripada pendakwaan.

Saya rasa ramai orang yang berpesta dengan wang rasuah tapi terlepas dari tindakan undang undang. Bagaimana pendapat anda?.

Monday, December 15, 2008

BPR, " dakwa jangan tak dakwa " !

Hari ini saya menuju ke Ipoh, Perak kerana di sepina oleh badan Pencegah Rasuah dikehendaki menjadi saksi dalam kes pendakwaan rasuah terhadap bekas Pegawai Khas kepada YB. Dato' Nazri Aziz semasa beliau menjadi Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia.

Ini semua gara gara permit Bas Ekspress. Kes ini telah ditetapkan selama dua hari iaitu hari ini dan besuk, entah jadi atau tidak. Ini kerja yang memenatkan kena berulang alik. Entah bila akan habis perbicaraan.

Walau bagaimana pun inilah cara terbaik, biar mahkamah menentukan siapa yang benar. Cerita penoh akan disusul setelah pulang dari mahkamah Ipoh.

Berat telinga mendengar, mata memandang, berat lagi orang yang kena tanggong, tak kena buat jawabnya jil. Biar semua yang jahat pasal rasuah didakwa, terutamanya fail yang dah siap dan telah disyorkan pendakwaan oleh Pendakwaraya. Suka weh!.

[jangan lupa baca catitan pada 13hb lalu]

Pak Sako, "jangan tidur panjang"

Sunday, December 14, 2008

7 Ketua Bahagian Baru di Kelantan, UMNO Siap!!!

Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Pasir Puteh dan Pengkalan Chepa telah mendapat pemimpin baru. UMNO Kelantan telah siap untuk berjuang sekurang kurangnya memberi tentangan kepada parti PAS yang menjadi kerajaan di Kelantan sekarang.

Dari 7 Bahagian yang mendapat Ketua baru itu, hanya satu Bahagian saja yang tidak ada masaalah yang besar iaitu UMNO Bahagian Macang yang di pimpin oleh Sdr Jazlan Dato' Yamud yang mana beliau menang tanpa bertanding tanpa ada nama lain dicalun untuk bertanding dengan beliau.

Selainnya ada pertandingan dan ada yang menang tanpa bertanding dengan merusakkan suasana demokerasi dibahagian, seperti Tanah Merah kecoh dan sampai kepada peringkat dipecat keahlian. Ini semua tanda tanda yang tidak baik kepada kekuatan parti, akan meruskkan keyakinan ahli kepada perjuangan yang sebenarnya, kesannya pilihanraya kelak. Ini bermakna parti tidak untung tapi individu yang memperalatkan parti akan mencari keuntungan.

Pengkalan Chepa dah lah kawasan kubu PAS, sampai tiga orang bertanding ketua bahagian dan beberapa kali ditunda dan akhirnya Sdr Dali dipilih menjadi Ketua Bahagian, orang muda yang stail, tenguklah hasilnya dalam pilihanraya ke 13 nanti, harap harap Tok Guru Nik Aziz akan bersara dari politik.

Di Rantau Panjang, Sdr Abdullah Mat Yasin menang Ketua Bahagian kerana rezeki dipihaknya, tiba tiba Dato' Mat Zin, Ketua Bahagian dulu dikenakan tindakan displin tak boleh bergiat selama 3 tahun kerana sabotaj parti dalam pilihanraya lalu, wal hal di Rantau Panjang itu semua pemimpin dikatakan sabotaj calun diantara satu sama lain, PAS juga yang untung.

UMNO Pasir Puteh mendapat Ketua dalam keadaan suasana demokerasi yang segar, tidak ada unsur unsur sabotaj, Suasana telah kembali aman, Datuk Kamaruddin Md.Nor akur dengan keputusan perwakilan, ini bermakna sdr Zawawi akan dapat merapatkan barisan dan mula bekerja untuk kemenangan parti dalam pilihanraya ke 13. Jangan ada alasan kalau pilihanraya nanti UMNO tak menang, sekiranya UMNO Pasir Puteh tak dapat 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 1 kerusi Parlimen itu bermakna kepimpinan UMNO Bahagian lemah dibawah pimpinan Cik Gu We.

Bahagian yang dipimpin oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri akan mencuri perhatian pemerhati politik tanahair ini kerana Bahagian Kota Bharu adalah satu satunya Bahagian yang dikira elit, kerana ia pernah melahirkan pemimpin tersohor seperti YM Tengku Ahmad Rithaudeen yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia satu ketika dulu dan bekas Ketua Bahagian juga pernah menjadi menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Dan pada pemilihan UMNO Bahagian baru baru ini Datuk Zaid cuba untuk kembali mempimpin UMNO Bahagian tapi malangnya beliau tidak cukup pencalunan untuk melayakkan dia bertanding yang mana Dato' Fatmi Haji Salleh menang tanpa bertanding. Mengapa dan Kenapa kena tanyalah ahli ahli UMNO Kota Bharu.

UMNO Bahagian Pasir Mas sedang menunggu keputusan jawatankuasa Displin parti berhubung dengan Politik Wang, kedudukan Sdr Hanafi Mamat sebagai Ketua Bahagian masih tidak terjamin, kerana ada ahli ahli UMNO di Bahagian itu telah membuat lapuran secara akuan bersumpah mengatakan telah terima wang daripada agen agen Hanafi Mamat supaya memangkah beliau dalam pemilihan baru baru ini dan minggu lepas ada lapuran dibuat di pejabat BRP.

Moral cerita UMNO Kelantan adalah seperti bawang.

(UMNO seperti bawang akan saya kupus apabila sampai masanya nanti)

Saturday, December 13, 2008

Pak sako, "jangan tidur panjang".

Pak Sako (bukan sasterawan negara) tapi gelaran diberi kerana namanya sama tapi bidangnya lain. Apa yang saya nak perkatakan disini ialah Datuk Ishak Mohamed, Pengarah Peguatkuasa Imigresen, Malaysia yang akan bercuti dan akan bersara awal bermula 3hb. Januari 2009.

Nama Pak Sako ini tidak asing kepada mereka yang berurusan dengan Jabatan Imigresen terutamanya kepada rakyat asing yang berada di Malaysia dan tinggal secara haram.

Beliau sepatutnya ditukar ke jabatan lain dan di Kementerian lain, baru baru ini, tapi oleh kerana beliau sayang kepada jawatan dan jabatan kerana telah sebati dengan jiwanya maka beliau membuat keputusan bersara awal walaupun beliau masih ada usia untuk berkhidmat dengan kerajaan lagi.

Mengikut berita yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini (13hb. Dis 2008) Pak Sako ada mengatakan yang belia mahu tidur sepuas-puasnya, kerana sebelum ini sejak menjawat jawatan Pengarah Penguatkuasa beliau barangkali tak cukup tidur kerana kuat berkerja untuk membersihkan kehadiran dan kebanjiran rakyat asing yang tinggal di Malaysia ini secara haram.

Mengikut apa yang saya dengar, setiap tahun pendatang asing membanjiri negara kita bertambah, operasi, tangkapan dan pencegahan yang dibuat oleh kerajaan nampaknya kurang berhasil, entah dimana silapnya, apakah kerana kurang kakitangan atau kepintaran sendiket. Ini semua harus dikaji semula.

Berkebetulan pula Pengarah Penguatkuasa akan bersara, maka eloklah Kerajaan memikirkan keadeh dan cara baru pula untuk membendung gejala yang boleh mengancam keselamatan negara ini.

Pengarah yang bakal di lantik hendaklah dipilih dikalangan pegawai yang mampu melaksanakan tugas yang berat ini, yang mempunyai intergriti dan vision yang tepat, tidak hanya banyak mencari publisiti, tidak hanya melayan taukeh taukeh dan orang orang besar saja, orang yang tidak berpakat nak jumpa pun kena merayu dan menyembah, layan pun macam beri makan nasi yang tidak habis kepada kucing.

Tangkap dan Dakwa, tapi akhirnya syarikat kecil yang mencari makan secara halal yang kena dibelasah, syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri, Dato' dan Taukeh besar lepas dengan memberi amaran. Dah lah syarikat yang dimiliki oleh orang besar dapat kouta beribu ribu, laksana pula tidak mengikut aturan dan menyalahi peraturan, bebas pula dengan bermaharaja lela. Lepas dan Bebas dari pihak penguatkuasa, itulah yang saya dengar, betul belum tahu dan kalau nak tahu betul siasatlah.

Operasi melalui Skuad Helang Hitam, Pemburu dan Polis ada kesannya, sekurang kurangnya nampak kerja yang dibuat, ada tangkapan dan pendakwaan selalunya orang orang seperti pelayan dan pelanggang yang kena, Bos ataupun Taukeh Besar dan tuan ampunya pelindung pendatang entah hilang dimana, tak terpapar nama nama besar dalam industri perdagangan daging manusia yang ditangkap ataupun didakwa dalam akhbar akhbar.

Pak Sako banyak memberi sumbangan kepada usaha untuk mengurangkan risiko kepada negara, mengurangkan kepanasan suhu keselamatan daripada diancam oleh pendatang asing tanpa izin dan perniagaan tanpa permit. Sekalung tahniah kepada pak Sako.

Semuga usaha Pak sako selama ini dirahmati Allah swt, Kita Doakan semuga Allah memberi kesihatan yang baik dan panjang umur kepada Pak Sako hanya minta saya impian Pak Sako yang dilapurkan hari ini "Saya mahu tidur sepuas-puasnya tidak bertukar menjadi "tidur yang panjang".

Friday, December 12, 2008

BILA NAK DAKWA KES RASUAH ORANG ORANG BESAR?

Rang Undang Undang Pencegahan Rasuah telah dibentangkan di Parlimen oleh YAB Dato' Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi, yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditubuhkan dengan memberi kuasa dan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah. (BPR).

Kuasa yang dimaksudkan ialah dapat bertindak terhadap mereka yang telah melakukan jenayah rasuah tak kira siapa mereka itu sama ada orang bergaji kecil ataupun besar, pangkat kecil atau pun pangkat besar, semuanya mesti disiasat dan apabila ada bukti mesti ditangkap untuk disoal siasat.

Kebebasan adalah mempunyai hak untuk mendakwa mereka yang ditangkap dan disiasat dan setelah cukup bukti mereka yang melakukan jenayah rasuah mestilah didakwa tanpa merujuk kepada kuasa politik sesuatu pihak. Ertinya pendakwaan hendaklah segera dibuat tak kira kes itu profile tinggi atau pun tidak.

Dalam hal ini, contoh yang satu ketita dulu semasa Dato' Rais Yatim membuat pendedahan bahawa terdapat kes-kes profile tinggi, Kes Rasuah yang belum selesai hendaklah diambil kira. Pendakwaan hendaklah dilaksanakan sekarang bagi menunjukkan ketelusan kerajaaan hari ini untuk membenteras gejala Rasuah didalam negara..

Apa ertinya membuat undang-undang, pembentukkan suruhanjaya, sekiranya kes-kes yang failnya sudah siap untuk dibuat pendakwaan dan yang telah diakui oleh menteri dan bekas Perdana Menteri bahawa ada terdapat berbelas belas kes RASUAH berpofile tinggi belum dibuat pendakwaan. Inilah masanya yang sesuai, supaya rakyat jelata memberi sepenoh keyakinan kepada kerajaan.

Inilah masanya untuk membuktikan kerajaan tidak memilih bulu, tak kira sama ada dia itu masih menjadi menteri ataupun bekas menteri, yang terlibat perlu didakwa, salah atau tidak biarlah mahkamah menentukan, seperti kes Dato' Aziz, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Juga seperti kes Kasitah gadam, seperti kes pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa semasa Rafidah Aziz jadi menteri dan yang akan bermula pada 15hb dan 16hb. Disember ini kes bekas pegawai khas kepada Dato' Seri Nazri Aziz semasa menjadi Menteri Pembangunana Usahawan yang akan dibicarakan di Mahkamah Ipoh yang mana saya di sepina menjadi saksi.

Thursday, December 11, 2008

Nasru & Pakmei.

Ayat-Ayat Cinta, aku tak punya apa-apa, kata Nasru. Kalau Nasru ini lah yang orangnya sama dengan penulis blog UMNO Ketereh, saya sangat sangat berbesar hati, kerana beliau juga sempat bergurau dalam G Box, blog newkk ini. Apa tidaknya, beliau sebagai penulis, pengkretik dan pengulas yang berbakat dan berbisa sempat juga menjenguk blog newkk yang tidak seberapa ini.

Beliau juga mencatitkan supaya saya mengenal diri sendiri sebagai ingatan supaya setiap apa yang saya tulis biarlah tidak terlajak barangkali. Dan sememangnya saya tahu menghargai diri saya, Siapa saya dan asal usul keturunan saya. Untuk makluman lanjut sdr Nasru saya dalam hidup seharian hanya pandai berbudi, membalas budi dan mengenang budi dan dalam politik sanggup berkorban dan dikorbankan. Itulah saya.

Bak kata hikmat, Ada Ubi, Ada Batas.

Sementara dalam blog Pakmei bertarikh 7hb. Dis,2008 ada ditulis sedikit berkenaan diri saya dan sekitar peristiwa kejatuhan Allahyarham Dato' Mohamed bin Haji Ali (Cikgu Mat Hj Ali) dalam arena politik Nilam Puri. Katanya beliau dan ayahndanya Ab.Latif Awang Soh (Pak Teh Rimau) tahu sejarah dan peristewa itu.

Saya tidaklah sehebat sebagaimana yang ditulis oleh Pakmei itu, saya hanya sebagai pengikut menjalankan tugas dan tanggongjawab setakat kemampuan saya, yang pastinya saya tidak mencari kekayaan dengan menjual jawatan yang saya ada, saya tidak mengunakkan kedudukan saya sebagai pemimpin UMNO Bahagian untuk korbankan sesiapa. Tidak seperti orang itu yang digelar pemimpin didalam Bahagian, menghalang dan membuat pakatan supaya saya tidak layak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian pada 2008.

Muslihat dan kejahatan akan terbalas nanti, kalau tidak hari ini besok, kalau tidak sekarang akan datang. Bertemulah nanti buku dengan ruas. Yang dibawah tak akan jatuh, tapi yang diatas akan jatuh juga nanti. Saya percaya dengan kata kata Tan Sri Annuar Musa, untuk berkhidmat tidak semestinya mempunyai jawatan. Dan apabila tidak ada jawatan, rasuah tidak akan berlaku.

Berkebetulan pula Pak Lah baru saja membentangkan Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen. Bagaimana episod seterusnya.

Tuesday, December 9, 2008

saham manusia bercampur- campur menyambut raya.

Sambutan Hari Raya Haji Tahun ini oleh penduduk malaysia bercampur campur perasaan, ada yang sangat gembira, ada pula yang sedih dan berduka nestapa. Ini kerana ketentuan ALLAH yang telah menentukan nasib manusia.

Bagi mereka yang mampu dan telah dijemput ke tanah suci Mekkah bagi mengerjakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji, mereka adalah manusia yang amat beruntung dan berbahagia hidupnya. Sedangkan ribuan lagi yang telah memenohi deposit Haji masih tidak mempunyai rezeki untuk ketanah suci dan ada pula kini terpaksa bergelut dengan suasana cemas dan menyedihkan dengan berbagai bagai perkara buruk berlaku di negara kita ini.

Trajedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Banjir besar di Kelantan, Trengganu, Johor dan lain lain negeri yang telah meragut beberapa nyawa dan kemalangan jalanraya yang mengerikan adalah beberapa contoh kesedihan yang dialami manusia menjelang menyambut hari raya.

Inilah takdir manusia, disamping ada orang menyambut hari raya dengan angkuh dan gembira ada pula manusia terpaksa mengharungi kesedihan dan duka nestapa, kerana hilang harta benda, hilang sanak saudara yang tersayang dan hidup dalam kesempitan.

Inilah sedikit gambaran ringkas saham saham kehidupan rakyat. Gembira, suka, sedih dan dukalara adalah lumrah manusia. hari ini mungkin ada orang sambut hari raya dengan angkuh dan gembira dan tahun depan boleh jadi bertukar sedih dan dukalara pula menimpa nasib mereka. Apa tidaknya ada orang yang suka menunjuk nunjuk untuk mengadakan pesta korban dengan menghadiahkan banyak ekor haiwan untuk dikorbankan entah dengan wang dari mana haiwan yang dibeli untuk dijadikan binatang korban itu? Tuhan saja yang mengatahui.

ALLAH maha adil, manusia belum tentu boleh bersifat adil.

Monday, December 8, 2008

Hayatilah nikmat Haji

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Inilah gema dipagi ini yang mengalirkan airmata, kerana ALLAH masih sayangkan umatnya dan sebagai anak yatim piatu tentunya ingatan kepada arwah bonda dan ayahnda masih terasa kasih sayang yang dicurahkan.

buat bonda hajjah mek minah dan ayahnda haji shafii yang telah meninggalkan anaknda dan kembali kerahmatullah anaknda hanya mampu berdoa semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh bonda dan ayahnda berdua semuga kita bertemu kembali di SYURGA .

kerana ALLAH tak lalai

terhadap apa yang kita/kamu lakukan.

sempena hari korban ini perlulah dihayati
"Keamanan adalah nikmat yang perlu dipertahankan"

Sunday, December 7, 2008

Sekadar cerita pada ore_kg.

Dalam ruangan Gbox sebelah, ada insan yang dikenali dengan tulisan ore_ kg telah bertanya, kenapa saya tidak dapat sokongan grass root setelah saya jawab dari pertanyaan asal apa sumbangan saya kepada kampung kadok, yang mana jawapan saya, sumbangan saya adalah BERBUDI.


Saya tak tahu sama ada ore _kg kenal saya ataupun tidak, kerana dari soalan itu semacam ore_ kg tak kenal peribadi saya dan penglibatan saya dalam politik UMNO, secara ringkasnya biarlah saya cerita untuk ore_ kg mengenali saya dalam arena politik KETERH.


Pada tahun 1993, saya telah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nilam Puri dan apabila kawasan pilihanraya pecah, saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Peringat dan diamanahkan bertanding pada pilihanraya 1995 di kawasan Dewan Undangan Negeri Kadok, Betul saya kalah pada pilihanraya tersebut kerana DUN Kadok adalah kawasan tradisi PAS sejak 1955 lagi, tapi saya dapat mengurangkan lebih 2000 mejoriti oleh PAS.


Pada tahun 1995 saya bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Peringat dengan melawan YB. Ariffin Mahmood, (Tok Penggawa Ripin) ahli Dewan Undangan Kawasan Keterah, saya kalah 12 undi dan kekalahan saya semua orang tahu puncanya. terutama abang zainal. Sehinggalah saya telah dipecat dari UMNO pada tahun 2000. Dan saya diterima balik masuk UMNO pada tahun 2004.


Pada tahun 2004, saya bertanding sebagai wakil UMNO Bahagian ke Persidangan Agong UMNO Malaysia, saya menang dengan mendapat tempat ke 2 walaupun saya telah meninggalkan UMNO selama 4 tahun dan berikutnya Tan Sri Annuar Musa menawarkan jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh bagi membantu parti menjelang pilihanraya UMNO ke 11. Dengan berkat perpaduan ahli ahli parti sejarah 1995 berulang lagi yang mana UMNO menang 2 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 1 kerusi DUN, seperti biasa DUN Kadok menerima kekalahan.


Pada pilihanraya UMUM ke 12, baru lalu, entah macam mana nama saya disebut sebut sebagai salah seorang calun untuk DUN Kadok, riuh rendahlah suasana diwaktu itu, hampir dua hari sebelum penamaan calun, berbagai bagai sms saya terima, ada yang tahniah dan sebagainya tapi yang peliknya saya tak tahu apa-apa, apabila ada orang bertanya saya jawab tak tahu , orang itu marah dan berkata saya sombong, saya nak susut punca, kata Abang Pin, salah seorang Ahli Jawsatankuasa UMNO Bahagian yang satu ketika dulu teramat rapat dengan saya.


Haji Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian KETEREH telah menunjukkan satu sms kepada saya betapa marahnya seorang hamba allah kerana nama saya disebut sebut sebagai salah seorang calun dengan memberi amaran yang berbunya. " sekiranya Soberi dipilih menjadi calun, maka berakhirlah keriar politik saya sebagai ahli UMNO", apa maksud ayat tersebut, kapada saya, sekiranya saya dipilih untuk menjadi calun maka hamba allah itu akan keluar dari UMNO dan akan menentang pucuk pimpinan parti. Nasib baiklah saya tidak dipilih jadi calun kalau tidak saya akan jadi bacul kerana dua kali kalah dalam pilihanraya.


Dan pada tahun ini 2008, saya telah ditawarkan untuk bertanding sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian KETEREH kerana sebanyak 14 cawangan telah mencalunkan saya dan layak untuk bertanding, kerana telah melibihi 1 cawangan yang disyaratkan oleh peraturan parti iaitu 10% dari keseluruan cawangan yang layak bermesyuarat bererti 13 cawangan sudah cukup.


Tapi saya dikorban, kerana mejoriti Jawatankuasa UMNO Bahagian KETEREH telah akur dengan pakatan jahat orang orang tertentu dalam bahagian untuk menghalang saya dari bertanding dengan MEMBATALKAN DUA PENCALUNAN yang menyebabkan saya tak cukup satu pencalunan untuk melayakkan diri dari bertanding dan saya yakin sekiranya diberi peluang saya akan menang.


maka tak timbullah kata ore_ kg saya tidak mendapat sokongan dari grass root. Saya ada kekuatan di KETEREH, lihatlah nanti kalau panjang umur.

Saturday, December 6, 2008

Hari Raya, Hari Bahagia.

SELAMAT HARI RAYA HAJI (QURBAN)
DIUCAPKAN
Kepada semua rakan blogger.
semuga hidup diberkati dan dirahmati ALLAH.swt
Dihari raya yang mulia ini perlulah diingatkan kepada rakan rakan politik supaya haiwan saja dikorbankan jangan pula ada yang korbankan rakan rakan seperjuangan.
terutama orang orang politik UMNO. dimana saja mereka berada.
Ikhlas Daripada:- Newkk.

Monday, December 1, 2008

Chua Soi Lek asal usulnya dari mana?

Kurang Ajar, Bangsat dan banyak lagi perkataan yang patut dipadankan dengan Chua Soi Lek yang sudahpun melihat sikapnya kepada orang melayu, Mempertikaikan Ketuanan Melayu ibarat cuba menjolok sarang tebuan, sudah berani mencabar intipati Perlembagaan Negara, sudah tidak pandang lagi kepada semangat Prinsip Rukun Negara, dah besar kepada.

Itu baru saja menjadi Timbalan Presiden kepada sebuah parti bukan melayu, kalau jadi Perdana Menteri Malaysia bagaimana agaknya pandangan beliau kepada anak melayu dibumi bertuah malaysia ini, boleh jadi dihalau masuk hutan dan gunong, lagi angkuh daripada firaun, itulah sebabnya perlakuan sumbang beliau dipertontonkan oleh orang yang memiliki video sex kepada umum.

Bagaimana pandangan kerajaan terhadap si biadap ini, masih mahu membiarkan dia berlagak seperti negara ini mak bapak dia punya, atau ucapannya itu tidak memberi apa apa makna kepada orang melayu penduduk asal tanah melayu ini atau orang melayu akan marah apabila orang melayu yang mempertikaikan ketuanan melayu, tapi apabila orang bangsa lain mempertikaikan ketuanan melayu maka tidak menjadi hal.

Tapi apabila Ahmad Ismail beri sedikit contoh pasal orang cina, UMNO gantung keahliannya, dipanggil polis untuk diambil pernyataan, macam macam amaran diberi, tapi apabila Timbalan Presiden MCA bercakap pasal ketuanan melayu tidak ada lapuran polis secara segera dilakukan oleh mana mana NGO. Hanya sedikit kenyataan kesal daripada pemimpim UMNO. sementara PAS dan Keadilan belum lagi kedengaran.

Macam macam trajedi berlaku sekarang ini, tidak ada perasaan sensitif langsong daripada pemimpin politik bukan melayu terhadap orang melayu di Negara ini sejak akhir akhir ini, Melayu sentiasa di perkotak katikkan, dipandang rendah dan sentiasa dipersoalankan haknya, ucapan melampau dan perbuatan melampau para pemimpin politik bukan melayu terhadap orang melayu dilakukan secara terang terang sekarang, tak kira daripada parti BN ataupun pembangkang, tapi pemimpin parti melayu masih tidak mengerti, atau buat buat tidak mengerti kerana ego dan sombong, cakap untuk memperkasakan melayu, mempertahankan ketuanan melayu tapi tindakannya lebih kepada ingin merusakkan melayu, kerana fahaman politik yang tidak selari maka keutuhan melayu tidak dijadikan agenda utama dalam perjuangannya.

Dalam pilihanraya yang lalu sudah terang, bagaimana kaum lain mahu menghakiskan kuasa melayu, dan ekoran daripada itu berbagai bagai topik berhubung dengan hak orang melayu dipersoalkan dan dipertikaikan oleh orang bukan melayu. Salah seorangnya ialah Chua Soi Lek yang satu ketika dulu heboh dengan Video Birunya.

Kerajaan yang masih berkuasa dan pemimpinnya melayu hendaklah menasihati rakan rakan bukan melayu dalam kerajaan supaya mengambil tindakan kepada anggota partinya yang telah merusakkan keharmonian kaum di Malaysia ini. Sekurang kurangnya ikut tindakan yang telah dibuat oleh UMNO terhadap ahli partinya yang mempertikaikan kaum bangsa yang bukan melayu yang menjadi warganegara malaysia ini.

Jangan tunggu suasana yang tidak menentu baru mahu bertindak, ambillah iktibar sejarah silam, supaya keharmonian kaum akan tetap terjamin. Rakyat malaysia mahu kepada kedamaian, rakyat tidak mampu untuk berada dalam suasana yang tidak aman, kerana ianya akan memusnah sebuah negara. Malaysia tetap Malaysia ianya tidak mungkin akan menjadi seperti Singapore atau Isreal sekiranya kerajaan tidak membiarkan sebarang anasir yang boleh merusakkan perpaduan kaum terlepas dari tindakan.

Pencetus kepada perkara yang sensitif perlu diasing dan diamankan.