Pak Sako (bukan sasterawan negara) tapi gelaran diberi kerana namanya sama tapi bidangnya lain. Apa yang saya nak perkatakan disini ialah Datuk Ishak Mohamed, Pengarah Peguatkuasa Imigresen, Malaysia yang akan bercuti dan akan bersara awal bermula 3hb. Januari 2009.
Nama Pak Sako ini tidak asing kepada mereka yang berurusan dengan Jabatan Imigresen terutamanya kepada rakyat asing yang berada di Malaysia dan tinggal secara haram.
Beliau sepatutnya ditukar ke jabatan lain dan di Kementerian lain, baru baru ini, tapi oleh kerana beliau sayang kepada jawatan dan jabatan kerana telah sebati dengan jiwanya maka beliau membuat keputusan bersara awal walaupun beliau masih ada usia untuk berkhidmat dengan kerajaan lagi.
Mengikut berita yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini (13hb. Dis 2008) Pak Sako ada mengatakan yang belia mahu tidur sepuas-puasnya, kerana sebelum ini sejak menjawat jawatan Pengarah Penguatkuasa beliau barangkali tak cukup tidur kerana kuat berkerja untuk membersihkan kehadiran dan kebanjiran rakyat asing yang tinggal di Malaysia ini secara haram.
Mengikut apa yang saya dengar, setiap tahun pendatang asing membanjiri negara kita bertambah, operasi, tangkapan dan pencegahan yang dibuat oleh kerajaan nampaknya kurang berhasil, entah dimana silapnya, apakah kerana kurang kakitangan atau kepintaran sendiket. Ini semua harus dikaji semula.
Berkebetulan pula Pengarah Penguatkuasa akan bersara, maka eloklah Kerajaan memikirkan keadeh dan cara baru pula untuk membendung gejala yang boleh mengancam keselamatan negara ini.
Pengarah yang bakal di lantik hendaklah dipilih dikalangan pegawai yang mampu melaksanakan tugas yang berat ini, yang mempunyai intergriti dan vision yang tepat, tidak hanya banyak mencari publisiti, tidak hanya melayan taukeh taukeh dan orang orang besar saja, orang yang tidak berpakat nak jumpa pun kena merayu dan menyembah, layan pun macam beri makan nasi yang tidak habis kepada kucing.
Tangkap dan Dakwa, tapi akhirnya syarikat kecil yang mencari makan secara halal yang kena dibelasah, syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri, Dato' dan Taukeh besar lepas dengan memberi amaran. Dah lah syarikat yang dimiliki oleh orang besar dapat kouta beribu ribu, laksana pula tidak mengikut aturan dan menyalahi peraturan, bebas pula dengan bermaharaja lela. Lepas dan Bebas dari pihak penguatkuasa, itulah yang saya dengar, betul belum tahu dan kalau nak tahu betul siasatlah.
Operasi melalui Skuad Helang Hitam, Pemburu dan Polis ada kesannya, sekurang kurangnya nampak kerja yang dibuat, ada tangkapan dan pendakwaan selalunya orang orang seperti pelayan dan pelanggang yang kena, Bos ataupun Taukeh Besar dan tuan ampunya pelindung pendatang entah hilang dimana, tak terpapar nama nama besar dalam industri perdagangan daging manusia yang ditangkap ataupun didakwa dalam akhbar akhbar.
Pak Sako banyak memberi sumbangan kepada usaha untuk mengurangkan risiko kepada negara, mengurangkan kepanasan suhu keselamatan daripada diancam oleh pendatang asing tanpa izin dan perniagaan tanpa permit. Sekalung tahniah kepada pak Sako.
Semuga usaha Pak sako selama ini dirahmati Allah swt, Kita Doakan semuga Allah memberi kesihatan yang baik dan panjang umur kepada Pak Sako hanya minta saya impian Pak Sako yang dilapurkan hari ini "Saya mahu tidur sepuas-puasnya tidak bertukar menjadi "tidur yang panjang".
No comments:
Post a Comment