Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah, Macang, Pasir Puteh dan Pengkalan Chepa telah mendapat pemimpin baru. UMNO Kelantan telah siap untuk berjuang sekurang kurangnya memberi tentangan kepada parti PAS yang menjadi kerajaan di Kelantan sekarang.
Dari 7 Bahagian yang mendapat Ketua baru itu, hanya satu Bahagian saja yang tidak ada masaalah yang besar iaitu UMNO Bahagian Macang yang di pimpin oleh Sdr Jazlan Dato' Yamud yang mana beliau menang tanpa bertanding tanpa ada nama lain dicalun untuk bertanding dengan beliau.
Selainnya ada pertandingan dan ada yang menang tanpa bertanding dengan merusakkan suasana demokerasi dibahagian, seperti Tanah Merah kecoh dan sampai kepada peringkat dipecat keahlian. Ini semua tanda tanda yang tidak baik kepada kekuatan parti, akan meruskkan keyakinan ahli kepada perjuangan yang sebenarnya, kesannya pilihanraya kelak. Ini bermakna parti tidak untung tapi individu yang memperalatkan parti akan mencari keuntungan.
Pengkalan Chepa dah lah kawasan kubu PAS, sampai tiga orang bertanding ketua bahagian dan beberapa kali ditunda dan akhirnya Sdr Dali dipilih menjadi Ketua Bahagian, orang muda yang stail, tenguklah hasilnya dalam pilihanraya ke 13 nanti, harap harap Tok Guru Nik Aziz akan bersara dari politik.
Di Rantau Panjang, Sdr Abdullah Mat Yasin menang Ketua Bahagian kerana rezeki dipihaknya, tiba tiba Dato' Mat Zin, Ketua Bahagian dulu dikenakan tindakan displin tak boleh bergiat selama 3 tahun kerana sabotaj parti dalam pilihanraya lalu, wal hal di Rantau Panjang itu semua pemimpin dikatakan sabotaj calun diantara satu sama lain, PAS juga yang untung.
UMNO Pasir Puteh mendapat Ketua dalam keadaan suasana demokerasi yang segar, tidak ada unsur unsur sabotaj, Suasana telah kembali aman, Datuk Kamaruddin Md.Nor akur dengan keputusan perwakilan, ini bermakna sdr Zawawi akan dapat merapatkan barisan dan mula bekerja untuk kemenangan parti dalam pilihanraya ke 13. Jangan ada alasan kalau pilihanraya nanti UMNO tak menang, sekiranya UMNO Pasir Puteh tak dapat 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 1 kerusi Parlimen itu bermakna kepimpinan UMNO Bahagian lemah dibawah pimpinan Cik Gu We.
Bahagian yang dipimpin oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri akan mencuri perhatian pemerhati politik tanahair ini kerana Bahagian Kota Bharu adalah satu satunya Bahagian yang dikira elit, kerana ia pernah melahirkan pemimpin tersohor seperti YM Tengku Ahmad Rithaudeen yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia satu ketika dulu dan bekas Ketua Bahagian juga pernah menjadi menteri iaitu Datuk Zaid Ibrahim. Dan pada pemilihan UMNO Bahagian baru baru ini Datuk Zaid cuba untuk kembali mempimpin UMNO Bahagian tapi malangnya beliau tidak cukup pencalunan untuk melayakkan dia bertanding yang mana Dato' Fatmi Haji Salleh menang tanpa bertanding. Mengapa dan Kenapa kena tanyalah ahli ahli UMNO Kota Bharu.
UMNO Bahagian Pasir Mas sedang menunggu keputusan jawatankuasa Displin parti berhubung dengan Politik Wang, kedudukan Sdr Hanafi Mamat sebagai Ketua Bahagian masih tidak terjamin, kerana ada ahli ahli UMNO di Bahagian itu telah membuat lapuran secara akuan bersumpah mengatakan telah terima wang daripada agen agen Hanafi Mamat supaya memangkah beliau dalam pemilihan baru baru ini dan minggu lepas ada lapuran dibuat di pejabat BRP.
Moral cerita UMNO Kelantan adalah seperti bawang.
(UMNO seperti bawang akan saya kupus apabila sampai masanya nanti)
No comments:
Post a Comment