Tinggal 11 hari lagi, tahun 2008 akan meninggalkan kita, sepanjang perjalanan tahun 2008, banyak berita yang kita dengar dan kita lihat. Ada yang suka, pilu, duka dan bermacam macam lagi kisah, baki 11 hari ini mungkin banyak lagi cerita yang akan kita dengar dan lihat. Berdoalah semua dalam penghujung tahun 2008 tidak akan berlaku malapetaka kepada negara kita. Biarlah rakyat dapat mengecap nikmat keamanan dan kebahagian seperti yang lepas lepas.
Jangan jadi macam Indonesia, tiap tiap hari ada tunjuk perasaan, pasal harga minyak turun pun ada tunjuk perasaan bantahan, kenapa kerajaan umumkan minyak turun secara mendadak. Aduh dah tak faham dunia ini, naik pun salah turun pun salah, cepat naik pun salah, lambat naik pun salah?. Letih memikirkan gelagat manusia dizaman ini.
Di negara kita, pilihanraya kecil di Kuala Trengganu jadi perhatian, yang ku dengar, kedua dua parti iaitu UMNO dan PAS masing masing susah nak pilih calun, kerana pilihanraya kali ini PAS dan UMNO perlu menang. Maka berbagai bagai nama disebut, orang yang layak dicalunkan, tak kurang juga yang melobi nak jadi calun. Siapa pun jadi calun bukan besar sangat penentunya parti mana yang menang.
Yang pentingnya, tiap tiap parti hendaklah ahlinya bersatu dan bekerja kearah kemenangan dan dalam hal ini PAS nampaknya lebih bersetia untuk menyokong siapa saja yang diputuskan ahli parti untuk disokong. Tapi nampaknya UMNO tidak, ahli ahli parti nak tengok dulu siapa calunnya, kalau calunnya dikira ok barulah nak bekerja dan berkempen, kalau tidak, jadi penonton lah jawabnya. Maka sakitlah parti dan apabila parti sakit calunnya akan jadi lebih sakit dan apabila ini terjadi KOlah jawabnya parti.
UMNO boleh menang di Kuala Trengganu sekiranya pengundi pengundi muda menyokong dan memangkah UMNO dalam pilihanraya nanti, maka pilihlah calun yang orang muda ada selera untuk menyokongnya, tentu pucuk pimpinan tahu siapa gerangan orangnya. Zubir Embong masih bertenaga.
PAS akan menang mudah sekiranya UMNO masih ada kem-kem.
No comments:
Post a Comment