Kementerian sumber manusia sedang berusaha untuk menyekat pekerja asing supaya tidak diberi kerja di negara kita. Dengan memberi penekanan sektor pekerjaan tidak mengambil rakyat asing untuk berkerja.
Ini adalah satu cadangan yang baik, sekiranya kementerian sumber manusia bersungguh sungguh nak tolong rakyat tempatan supaya dapat pekerjaan, hanya yang akan dipersoalkan adakah benar rakyat malaysia mahu cari kerja dan berkerja di sektor sektor yang sekarang ini dimonopoli oleh rakyat asing, seperti kerja dikilang kilang yang berat dan panas, kerja diladang ladang dan kerja sebagai koli di projek projek perumahan.
Menteri itu sebelum bercakap nak buat cadangan, kena fikir dulu akan kebenaran dan logiknya isu itu, kalau harapkan rakyat malaysia maka ranaplah sektor pertanian seperti ladang getah dan kelapa sawit kerana kurang tenaga boroh, ini disebabkan jarang rakyat malaysia mahu bekerja ditempat tersebut.
Saya setuju dengan pandangan Setiausaha Agong CUEPACS, yang mengatakan bahawa dengan kemasukan begitu ramai pekerja rakyat asing ke negara kita ini ianya akan menafikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan boleh menimbulkan masaalah sosial. Hanya sekadar ingatan, walaupun peluang ada untuk rakyat tempatan adakah rakyat tempatan mahu bekerja dengan gaji yang murah sepertimana yang dibayar kepada pekerja asing?.
Peluang pekerjaan satu hal, gaji pula satu hal, majikan tentunya tidak mahu rugi dan pastinya mahu dapat untung, lagi banyak untung lagi mahu. Disinilah akan menjadi persoalan. Kalau tak benar pekerja asing masuk adakah majikan dapat beroperasi seperti hari ini, adakah rakyat tempatan mahu bekerja denga gaji yang murah itu. Dan apabila tidak ada pekerja, bagaimana dengan majikan, adakah kita mahu majikan menutup perniagaan dan sekiranya perniagaan ditutup akan menambahkan lagi pengangguran dikalangan rakyat kita. Mahu kah kerajaan melihat ini berlaku, hanya dengan cadangan seorang menteri yang tak cukup pengalaman.
Atau cadangan itu dibuat supaya kuasa kemasukan pekerja asing diperturunkan kepada kementeriannya dan menteri mempunyai 'hak' sama ada membenar ataupun tidak satu satu majikan itu membawa masuk pekerja asing. Dan setelah ini berlaku, maka ada pula cadangan bahawa kerajaan kena membenarkan kemasukan pekerja asing kerana permintaan tenaga kerja yang kritikal, bagi mencambahkan pertumbuhan ekonomi dan berbagai bagai alasan lagi bagi membolehkan rakyat asing datang bekerja di negera kita ini dengan syarat kuasa kelulusan kemasukan itu hendaklah mendapat kelulusan 'khas' menteri sahaja.
Apabila ini berlaku, maka jadilah seperti 'kebenaran khas' kemasukan pekerja warga bangladesh ke negara kita ini, yang mana menteri pada ketika itu memberi kebenaran sesuka hatinya kepada siapa yang dia berkenan, kadang kadang kebenaran yang diberi melebihi daripada keperluan sebenar sesebuah syarikat. Kenapa?...........(mengikut Dato' Nazri Aziz, semasa menjawab soalan di parlimen, pendakwaan kes rasuah tidak ada tarikh tertentu, sesiapa yang membuat salah sepuluh tahun lalu pun boleh didakwa sekiranya ada bukti).
Elok benarlah sekiranya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat sistem yang terdapat di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dulu semasa Dato' Radzi Sheikh Ahmad menjadi menteri sebab ada beberap PERKARA YANG MENCURIGAKAN, kerana pendakwaan terhadap bekas Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah jabatan Imigresan itu hanyalah episod sampingan dan penghujung.
Disyorkan juga supaya BRP membuka satu kertas penyiasatan, berhubung dengan kelulusan pemberian PR kepada warga Asing, kerana ada yang mendapat kel;ulusan dengan mudah sekali, dah lah mereka dapat PR dengan mudah, samseng pula dengan rakyat kita, Ego dan Sombong, entah bayar income tax (cukai pendapatan) ataupun tidak dalam urusan perniagaannya.
Saya suka sekiranya BPR mahu berkerjasama dengan saya bagi menghalang kerja kerja orang yang mahu hidup senang tapi mengamalkan RASUAH.
No comments:
Post a Comment