Rang Undang Undang Pencegahan Rasuah telah dibentangkan di Parlimen oleh YAB Dato' Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi, yang mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditubuhkan dengan memberi kuasa dan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah. (BPR).
Kuasa yang dimaksudkan ialah dapat bertindak terhadap mereka yang telah melakukan jenayah rasuah tak kira siapa mereka itu sama ada orang bergaji kecil ataupun besar, pangkat kecil atau pun pangkat besar, semuanya mesti disiasat dan apabila ada bukti mesti ditangkap untuk disoal siasat.
Kebebasan adalah mempunyai hak untuk mendakwa mereka yang ditangkap dan disiasat dan setelah cukup bukti mereka yang melakukan jenayah rasuah mestilah didakwa tanpa merujuk kepada kuasa politik sesuatu pihak. Ertinya pendakwaan hendaklah segera dibuat tak kira kes itu profile tinggi atau pun tidak.
Dalam hal ini, contoh yang satu ketita dulu semasa Dato' Rais Yatim membuat pendedahan bahawa terdapat kes-kes profile tinggi, Kes Rasuah yang belum selesai hendaklah diambil kira. Pendakwaan hendaklah dilaksanakan sekarang bagi menunjukkan ketelusan kerajaaan hari ini untuk membenteras gejala Rasuah didalam negara..
Apa ertinya membuat undang-undang, pembentukkan suruhanjaya, sekiranya kes-kes yang failnya sudah siap untuk dibuat pendakwaan dan yang telah diakui oleh menteri dan bekas Perdana Menteri bahawa ada terdapat berbelas belas kes RASUAH berpofile tinggi belum dibuat pendakwaan. Inilah masanya yang sesuai, supaya rakyat jelata memberi sepenoh keyakinan kepada kerajaan.
Inilah masanya untuk membuktikan kerajaan tidak memilih bulu, tak kira sama ada dia itu masih menjadi menteri ataupun bekas menteri, yang terlibat perlu didakwa, salah atau tidak biarlah mahkamah menentukan, seperti kes Dato' Aziz, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Juga seperti kes Kasitah gadam, seperti kes pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa semasa Rafidah Aziz jadi menteri dan yang akan bermula pada 15hb dan 16hb. Disember ini kes bekas pegawai khas kepada Dato' Seri Nazri Aziz semasa menjadi Menteri Pembangunana Usahawan yang akan dibicarakan di Mahkamah Ipoh yang mana saya di sepina menjadi saksi.
No comments:
Post a Comment