Diparlimen bincang pasal rasuah, didalam TV bincang pasal rasuah, dimahkamah bicara pasal rasuah, pemandu teksi cakap pasal rasuah, orang kampung dikedai kopi cakap pasal rasuah, orang politik tak kira PAS, UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, SUPP, PBB dan banyak lagi semuanya cerita dan bercakap pasal rasuah.
Semuanya kerana kerajaan nampak bersungguh untuk membendung gejala rasuah, akta dan penubuhan suruhanjaya telah dibentang diparlimen, wakil rakyat bahas, ada yang sokong 100 peratus ada yang sokong separuh. Pokoknya semua orang bercakap pasal rasuah.
Tapi sebenarnya ramai orang tertipu, kerana rasuah itu tidak akan dapat dihapuskan selagi manusia ada nafsu. Undang undang dicipta untuk mendapat simpati rakyat supaya partinya disokong pada pilihanraya, semata matanya nak jadi kerajaan, nak jadi Perdana Menteri ataupun Menteri, setidak tidaknya menjadi pengerusi agensi yang akan dapat kemudahan seperti kereta dan pemandu, pejabat, setiausaha dll kemudahan hidup.
Tak kira mereka itu dari parti kerajaan sekarang atau pun pembangkang, retoriknya akan dicanang untuk menjadi jaguh diatas isu yang boleh memikat hati rakyat, oleh kerana rasuah adalah isu kebenciaan rakyat maka isu rasuah dijadikan modal, diraih dan dijual, di uli molek molek supaya nampak bersungguh, tapi matlamatnya kabur.
Siapa sebenarnya orang yang dikatakan rasuah, apakah mereka itu kena didakwa dulu dan didapati bersalah baru di anggapakan rasuah, atau tindakan mereka yang memaksa untuk mendapat sesuatu daripadanya dengan menggunakan kuasa dianggap rasuah, atau bagaimana sebenarnya rasuah itu?.
kalau nak nanti mahkamah jatuh hukum baru dikatakan rasuah, alamatnya sia-sia lah suruhanjaya ditubuhkan, kerana setiap detik denyut nadi bergerak maka sebanyak itulah rasuah berlaku dan dalam sehari itu kadang kadang tak ada satu pun tangkapan dibuat berhubung dengan rasuah.
Ertinya rasuah akan tetap berlaku sekiranya orang yang diberi kuasa tidak amanah dan dipilih daripada mereka yang tidak takut kepada dosa dan neraka. Oleh itu bagi menyakinkan, kes kes besar hendaklah didahulukan pendakwaannya, terutamanya yang melibatkan Menteri ataupun bekas Menteri, cari puncanya kerana tak akan bergoyang pokon kalau tak ditiup angin.
Jangan lepaskan mereka yang menjadi kaya raya dengan melakukan rasuah, tidak jujur dan amanah semasa berkuasa. Berkesan ataupun tidak isu hendak membendung rasuah penyalahgunaan kuasa akan terbukti sekiranya ada tindakan susulan daripada Suruhanjaya Pencegahan rasuah yang baru dibentangkan diparlimen. Dakwa mereka yang telah pun ada kertas pertuduhan tak kira kes mereka itu lama ataupun baru, jangan biarkan mereka ketawa kerana mereka tahu bahawa mereka adalah pelakun rasuah tapi terlepas daripada pendakwaan.
Saya rasa ramai orang yang berpesta dengan wang rasuah tapi terlepas dari tindakan undang undang. Bagaimana pendapat anda?.
No comments:
Post a Comment