Ayat-Ayat Cinta, aku tak punya apa-apa, kata Nasru. Kalau Nasru ini lah yang orangnya sama dengan penulis blog UMNO Ketereh, saya sangat sangat berbesar hati, kerana beliau juga sempat bergurau dalam G Box, blog newkk ini. Apa tidaknya, beliau sebagai penulis, pengkretik dan pengulas yang berbakat dan berbisa sempat juga menjenguk blog newkk yang tidak seberapa ini.
Beliau juga mencatitkan supaya saya mengenal diri sendiri sebagai ingatan supaya setiap apa yang saya tulis biarlah tidak terlajak barangkali. Dan sememangnya saya tahu menghargai diri saya, Siapa saya dan asal usul keturunan saya. Untuk makluman lanjut sdr Nasru saya dalam hidup seharian hanya pandai berbudi, membalas budi dan mengenang budi dan dalam politik sanggup berkorban dan dikorbankan. Itulah saya.
Bak kata hikmat, Ada Ubi, Ada Batas.
Sementara dalam blog Pakmei bertarikh 7hb. Dis,2008 ada ditulis sedikit berkenaan diri saya dan sekitar peristiwa kejatuhan Allahyarham Dato' Mohamed bin Haji Ali (Cikgu Mat Hj Ali) dalam arena politik Nilam Puri. Katanya beliau dan ayahndanya Ab.Latif Awang Soh (Pak Teh Rimau) tahu sejarah dan peristewa itu.
Saya tidaklah sehebat sebagaimana yang ditulis oleh Pakmei itu, saya hanya sebagai pengikut menjalankan tugas dan tanggongjawab setakat kemampuan saya, yang pastinya saya tidak mencari kekayaan dengan menjual jawatan yang saya ada, saya tidak mengunakkan kedudukan saya sebagai pemimpin UMNO Bahagian untuk korbankan sesiapa. Tidak seperti orang itu yang digelar pemimpin didalam Bahagian, menghalang dan membuat pakatan supaya saya tidak layak untuk bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian pada 2008.
Muslihat dan kejahatan akan terbalas nanti, kalau tidak hari ini besok, kalau tidak sekarang akan datang. Bertemulah nanti buku dengan ruas. Yang dibawah tak akan jatuh, tapi yang diatas akan jatuh juga nanti. Saya percaya dengan kata kata Tan Sri Annuar Musa, untuk berkhidmat tidak semestinya mempunyai jawatan. Dan apabila tidak ada jawatan, rasuah tidak akan berlaku.
Berkebetulan pula Pak Lah baru saja membentangkan Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen. Bagaimana episod seterusnya.
No comments:
Post a Comment