Thursday, May 6, 2010

Pelik, Gerun dan Menakutkan.

Pelik apabila Halim Hamed Pengelola Istana Kelantan memberitahu pemberita supaya orangramai jangan mengikuti blog untuk mendapat berita Kemelut Istana Kelantan, ini menampakkan bahawa Halim tidak mahu orangramai percaya berita yang ditulis dalam blog-blog dengan erti kata penulis blog tidak boleh dipercayai.

Jadi berita melalui blog yang ditulis oleh Tun Mahathir Mohamed, Tengku Razaaleigh Hamzah, MSO, Kickdefella dan lain-lain penulis blog jangan dituruti hanya Pejabat Pengelola Istana dan beliau saja yang boleh dipercayai. Ini adalah satu kenyataan yang amat memalukan kerana beliau hanya mendabik dada yang dia cakap saja betul sedangkan banyak kenyataan yang terpesong dan bohong.

Kalau untuk memberi rawatan yang baik kepada KDYMM Tuanku, para dactor hendaklah bertanya kepada Tuanku sendiri bentuk rawatan yang bagaimana yang diingini oleh Tuanku dan doctor hendaklah berbincang dengan keluarga KDYMM Tuanku termasuk Raja Perempuan dan anak-anaknda Tuanku.

Halim hendaklah keluarkan satu kenyataan bahawa KDYMM Tuanku sendiri bersetuju untuk dirawat di HUSM, Kubang Kerian dan Tuanku tidak mahu mendapat rawatan susulan di Singapura sepertimana yang telah dimaklumkan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan. Dan dactor HUSM hendaklah memberitahu rakyat bahawa KDYMM Tuanku amat selesa mendapat rawatan di HUSM tidak sepertimana yang dikatakan oleh Raja Perempuan Kelantan yang mana kesihatan Tuanku terjejas sejak ditempatkan HUSM. Kenapa mereka tidak buat kenyataan terbuka.

Inilah kepelikan yang terdapat dari kenyataan Halim Hamed semalam yang menegaskan bahawa 'Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahndanya dan akan berusaha untuk membuat terbaik bagi keselamatan dan kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan "tubing", iaitu makanan melalui tiub". Betulkah Tuanku tidak makan melalui mulut sedangkan Halim Hamed tidak pernah berada disisi Tuanku sudah hampir satu tahun dan betulkan keselamatan Tuanku tidak terjamin berada di Istana Mahkota. terpaksa dikawal ketat di dalam wad sehingga peguam pun tidak dibenar berjumpa dengan anak guamnya. Ha...ha....ha. Pelik weh beb.

Kenapa banyak persitiwa yang tidak menyenangkan berlaku disaat KDYMM Tuanku perlukan kedamaian dan keharmonian sedangkan sebelum Tuanku jatuh gering suasana keluarga D'Raja Kelantan dilihat berada dalam suasana harmoni dan aman. Apakah dengan kemuculan orang-orang yang suaranya terdapat dalam CD yang dirakam semasa pertemuan dengan wartawan maka suasana keharmonian Istana Kelantan jadi kucar kacir.

Penulis blog sentiasa menyampaikan berita yang betul dan tepat yang tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan kerana sebab-sebab tertentu, jadi Halim Hamat tak usahlah cuba nak jadi hero dengan bermusuh dengan penulis blog dan janganlah hanya mereka cerita bagi memesongkan rakyat dari mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam 'kemelut Istana Kelantan' hari ini.

Tindakan pihak berkuasa seperti apa yang dilapurkan oleh pengawal keselamatan Tuanku dan Tengku Temenggong berhubung dengan sikap semasa kereta yang membawa KDYMM Tuanku dan Raja Perempuan Kelantan keluar dari Istana Mahkota untuk ke laparangan terbang Pengkalan chepa sangat-sangat mengerunkan apabila senjata yang berpeluru diacu dan dihalakan.

Dan sekiranya Kerajaan Malaysia tidak mengambil peduli diatas apa yang berlaku dan menimpa keatas KDYMM Tunaku Sultan dan Raja Perempuan Kelantan itu maka keselamatan rakyat biasa nanti akan berada dalam suasana menakutkan, kerana apabila perkara yang sebegitu rupa dapat dilakukan kepada Sultan apatah lagi kepada rakyat biasa.

Yang saya mahu tahu, kenapa kenyataan Halim Hamed bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Raja Perempuan Kelantan berhubung dengan keadaan kesihatan Tuanku didalam hospital HUSM Kubang Kerian.

1 comment:

chegarMD said...

Penglola hanya melakukan tugas yg di arahkan oleh tengku pemangku sultan kelantan, hanya pemangku sultan berhak menentukan segala urusan tentang kesihatan al sultan ,ada faham, jangan buat andaian lebeh2.