Friday, May 7, 2010

Halim jangan marah.

Bukan kerja saya untuk membuat andaian lebih-lebih, saya bersikap terbuka dan apa yang saya tulis ada kebenaran dan faktanya, bukan hanya untuk menyedapkan taukeh diatas, ampu tiap-tiap detik sehingga boleh memporak peranda satu keluarga yang besar dan ternama kerana ada dendam dan mengejar kemewahan.

Walaupun kita selalu terima arahan kita juga perlu memberi pandangan supaya keharmonian keluarga sentiasa kekal, sekiranya arahan itu boleh merosakkan hati dan jiwa dalam keluarga maka kita hendaklah memberi pandangan yang berguna supaya suasana akan menyejukkan, bukan menyokong yang akan membawa lebih kepada keburukan dan kepanasan.

Rakyat juga perlu diberi penjelasan yang betul supaya tidak ada sesiapa yang akan dicemuh, jangan pula kerana kita boleh bersuara maka kita menafikan perkara sebenar dengan menuduh bahaw ada orang tertentu yang menghalang daripada KDYMM Tuanku Sultan mendapat khidmat dactor pakar untuk merawat Tuanku. Ini merupakan satu tuduhan penghinaan kepada orang yang rapat dengan KDYMM Tuanku Sultan.

Sudahlah Tuanku Raja Perempuan Kelantan dihina semasa waktu cemas dalam peristiwa sekatan UTK semasa rombongan Tuanku mahu ke Singapora dengan dilayan seperti 'penjenayah' (baca surat kabar kosmo semalam) kini ada pula semacam tuduhan bahawa Raja Perempuan menghalang dactor pakar merawat Tuanku.

Mengikut Dr. Amir, pakar Perubatan yang 24jam mengawasi KDYMM Tuanku Sultan adalah satu pembohongan sekiranya ada sesiapa yang mengatakan bahawa Tuanku tidak dirawat oleh dactor pakar kerana pada tiap-tiap minggu doctor pakar datang untuk merawat Tuanku, Diantaranya ialah:;

Dr. Shukri - Pakar Nephrologi.

Dr. Azerin - Pakar jantung

Dr. Mansor - Pakar jantung

Dr. Nazri - pakar Bius

Dr. Razin - Pakar Perubatan

Dr. Mark - Pakar Saraf

dan Pakar Rerhabilitasi dari Kuala Lumpur.

Jadi adalah tidak betul kenyataan Halim Hamed yang menyebut bahawa ada orang tertentu di Istana Mahkota tidak membenarkan dactor pakar merawat KDYMM Tuanku dan adakah menasabah ada orang tidak mahu melihat KDYMM cepat semboh sedangkan seluruh rakyat kelantan siang dan malam berdoa meminta supaya Allah swt memberi kesembohan seperti sediakala kepada Tuanku.

Boleh jadi Halim Hamed ada agenda dengan mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan Halim tidak perlu marah kepada saya kerana saya pun tidak marah apabila beliau membuat kenyataan akhbar terhadap diri saya satu ketika dulu begitu juga orang lain tak usah campur dalam urusan saya dengan Halim Hamed ini. Salam.

2 comments:

chegarMD said...

anda perlu memperbetulkan maklumat
yg anda terima kerana banyak yg tersirat tidak anda teliti atau anda sengaja memejam mata ,dan bukan maksud saya bahwa anda tidak adil dlm penilaian anda ,anda menulis ok tapi jangan mengelirukan pembaca dgn tuduhan2
yg bukan2 seperti perlakuan tidak baik terhadap permaisuri, itu tidak betul. tentang lawatan pakar2 yg di maksuk kan adalah pakar dari kerajaan negeri dan pusat.oleh itu apa2 tindakan yg di lakukan adalah utk meletak sesuatu pada tempat nya dan memang sepatut nya berlaku dari awal lagi. harap maaf kalau komen saya menguris perasaan saudara.dan saya yakin komen saya tidak di alu2kan oleh saudara kerana tidak pernah ter siarpon.

newkk said...

chedarMD.
Maklumat saya sentiasa betul. dan saya akan memperbetulkan maklumat yang dihebahkan yang tidak tepat dan tidak betul, seperti hendak mempersalahkan DYMM Raja Perempuan tidak memberi rawatan yang cukup kepada Taunku.

Sedangkan apa yang dilakukan oleh DYMM Raja Perempuan adalah untuk mempercepatkan proses kesembuhan Tuanku.

Untuk apa Kerajaan Negeri ujudkan Penal 6 orang dactor pakar?, muslihat apa sebenarnya. Sdr hanya jangan melihat dari luar saja, lihat juga apa yang terserat.

Undang-Undang mengatakan selagi Tuanku masih hidup, bagindalah Sultan. Apa maksud sdr (oleh itu apa2 tindakan yang dilakukan adalah untuk meletak sesautu pada tempatnya dan memang sepatutnya berlaku dari awal lagi).

Sabarlah, kalau hak kita, ianya tidak kemana. Memperlakukan kepada Tuanku Sultan dan Raja Perempuan sepertui apa yang dilapurkan dalam akhbar sehari dua ini, amat-amat mendukacitakan. Bagaimana kalau kenaq kepada batang hidung keluarga saudara. Salam.