Monday, May 17, 2010

Berubahlah sebelum rakyat megubah.

Oarng Asli pun dah pandai berdemo!

Kekalahan BN dalam pilihanraya kecil di Sibu Serawak beberapa jam selepas YAB Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan insentif berguna kepada guru-guru sempena Hari Guru di Pahang membawa persoalan besar kepada kedudukan BN dimasa depan.

Kekalahan yang tidak diduga oleh rakyat dan pemimpin BN kepada DAP itu perlu diberi perhatian yang serius oleh pucuk pimpinan kerana kerusi tersebut adalah kerusi BN yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Tidak masuk akal BN boleh kalah kerana BN cukup jentera bagi memenangi kerusi tersebut dengan mudah.

Dengan kekalahan itu adalah jelas bahawa kaum bumiputra di Serawak tidak lagi meminati cara BN memerintah dinegeri tersebut, sama ada untuk memberi signal kepada pucuk pimpinan BN supaya gugurkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau secara totalnya kaum yang berbagai kaum di Serawak sudah jemu dengan pemerintahan BN keseluruhannya.

Walaupun UMNO tak ada di Serawak tapi dengan keputusan pilihanraya kecil ini ada berkait rapat dengan kepimpinan UMNO. Rakyat Iban, Khadazan, Mulut, Murut dan beranika etnik lagi sudah mendapat pendidikan moden melalui internet dan berita tanpa sempadan. Rumah panjang dan kampung pendalaman sudah mendapat khabar berita secara terus dan berita kadang-kadang boleh memusnahkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin.

Tingkah laku pemimpin, rasuah pemimpin, keegoan pemimpin, kebodohan pemimpin dan kekayaan pemimpin semuanya dapat diketahui oleh rakyat dengan mudah, maka rakyat yang sayang parti tidak akan kekal setianya kepada parti kerana mereka tahu kalau kemenangan diberi kepada parti maka pemimpin parti itu akan mengunakan kuasa dengan rakus dan kadang-kadang harta rakyat menjadi milik pemimpin.

Dengan itu adalah diharapkan pemimpin atasan BN supaya muhasabah diri, elakkan diri dari dilebalkan sebagai pemimpin 'jahat' dengan mengumpulkan kekayaan untuk meriakkan diri dan keluarga, Perdana Menteri hendaklah secara keras mengugurkan para menteri yang dilebalkan sebagai rasuah dan mengumpulkan kekayaan, layanlah rakyat dan ahli parti seperti melayan kaum kerabat dan keluarganya sendiri.

Rakyat akan muak dan terus muak selagi UMNO, BN dan Menteri tidak berubah sepertimana janjinya kepada rakyat dalam pilihanraya dan slogan 1Malaysia, Rakyat DiDahulukan tapi tidak ditunjukan pelaksaannya, hanya retrorik tiap-tiap hari dicetuskan melalui media cetak dan media eletronik. Surat rakyat tidak dijawab, minta bertem u tidak dilayan dengan alasan sibuk tapi apabila taukeh cina dan kroni minta jumpa saat itu juga diberi masa dan eaktu untuk berjumpa. (Saya berani mengatakan ini kerana saya ada buktinya).

Pengumuman memberi wang kepada penjawat awam ataupun guru-guru seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin semalam tidak memberi makna apa-apa kepada parti, mereka tidakm akan beralih memberi sokongan kepada UMNO dengan berbuat demikian selagi para menteri tidak megubahkan perangainya yang betul-betul berjiwa rakyat dan melayan rakyat tanpa memilih bulu.

Berubahlah wahai para menteri dan pemimpin BN sebelum rakyat mengubahkan Kerajaan dalam pilihanraya UMUM ke 13nanti. Masa masih ada selama 30 bulan lagi.

1 comment:

chegarMD said...

Sangat tepat,padat,dan patut dibaca
oleh setiap pemain2 politik samaada
pihak pemerintah ataupon pembangkan
g,
rakyat sudah berpangtahwan dan berilmu,
jadikan pergolakan di thailand sekarang sebagai contoh,bila rakya
t sudah muat dan jemu segala2 nya boleh berlaku.
kpd pemimpim2 contohilah sejarah khalifah omar bin ab aziz ,sebelom beliau di baiah sebagai khalifah, beliau terkenal dgn kehansoman pakai pakaian yg mahal2 tetapi selepas di baiah, beliau bertukar menjadi seorang yg begitu sederhana sekali agar tidak di pandang serong,dan cuma mencari keredhaan allah sehaja dgn jawatan nya.