Monday, May 31, 2010

"Bayangan Ajal"

bukan tajuk cerita wayang gambar

Apabila jawatan bergaji diujudkan dalam memperkemaskan jentera PARTI seperti apa yang diujudkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan yang bernilai rm200 hingga rm5,000 setiap seorang pada setiap bulan, maka tugas pembangunan insan dan pembagunan asas akan dapat dilaksana dengan berkesan nanti.

Jasteru itu mereka yang dipilih dengan sokongan parti UMNO akan menjalankan tugas ikut selera UMNO dan mereka itu juga adalah orang yang berpontansi dipilih menjadi calun dalam pilihanraya yang akan datang. Sudah terang lagi bersuluh.

Dengan erti kata, UMNO di Kelantan telah ada wakil rakyatnya sendiri yang boleh meluluskan projek, dan mengambil tanggongjawab bagi menyelasaikan masaalah masyarakat dikawasan DUN masing-masing, mereka juga ada jentera yang bergaji atau diupah untuk membantu melaksanakan tugasnya, mereka juga akan dibantu oleh kontarktor kelas 'F' bagi mempastikan projek dapat dilaksanakan mengikut tempoh waktunya. Dan kadang-kadang berpakat untuk menikmati keuntungan.

Sekiranya mereka yang dilantik sebagai pegawai yang mewakili Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di DUN masing-masing itu tinggi ilmu politiknya maka cita-cita pemimpin UMNO untuk melihat kerajaan PAS tumbang di kelantan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti akan berjaya. Dan tidak mungkin hampa kerana orang yang dikenal pasti sebagai calun itu telah dibayar gaji bulanan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tapi cita-cita pemimpin UMNO akan hancur lebur sekiranya orang orang yang dipilih itu hanya mahu menerima gaji bulanan tapi tidak turun ke akar umbi untuk memberi khidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masaalah rakyat dengan usaha dan tekun.

Itulah diantara penyusunan yang telah dibuat oleh UMNO Kelantan, telah kenal pasti siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13nanti, maka soal perebutan calun sudah dapat diatasi yang tinggal lagi, gerak kerja memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih calun tersebut perlu diatur supaya kerajaan bayangan dan wakil rakyat bayangan itu dapat diterima oleh kebanyakan rakyat jelata.

UMNO adalah disarankan supaya membuat kerja pentadbiran parti saja, biarlah mereka yang mendapat upah dan bergaji itu turun membuat kerja membela rakyat dan membantu menyelesaikan masaalah rakyat sebagai wakil rakyat bayangan. UMNO tidak mahu kecundang lagi dalam impiannya untuk memerintah kelantan, itulah sebabnya UMNO adakan calun DUN bayangan dari sekarang.

Apa yang dibimbangkan ialah calun bayangan itu akan bertukar jadi "BAYANGAN AJAL" kepada UMNO apabila mereka hanya bergaya dengan pendapatan lumayan melalui rezeki yang ditaja oleh UMNO itu sedangkan rakyat tidak dapat menerima wataknya sebagai wakil rakyat. Waspadalah.

1 comment:

Unknown said...

JPP adalah lobok emas utk penjawat
jawatan nya.cita2 parti akan hanya
angan2 yg tidak didukong oleh penjawat jpp,mereka lebeh selesa dgn jawatan dari bertungkuslumus utk menjayakan misi dan visi parti.