Thursday, May 20, 2010

Zizie ketawa, suami dipenjara?

bung mokhtar dan isteri kedua seorang pelakun zizie izette

Zizie Izette seorang pelakun dan Isteri kepada ahli politik Bung Mokhtar kelihatan tersenyum diluar mahkamah syariah Kuala Lumpur setelah mahkamah menjatuhkan hukuman PENJARA terhadap suaminya selama sebulan kerana kesalahan berpoligami (berbini lebih daripada satu) tanpa kebenaran.

Akibat dari hukuman tersebut sekiranya mahkamah rayuan syariah mengekalkan hukuman penjara sebulan itu maka Bung Mokhtar akan kehilangan kerusi parliman dan wakil Rakyat yang mana SPR akan mengadakan pilihanraya kecil.

Sekiranya pilihanraya kecil berlaku, BN tidak mahu lagi kawasan tersebut kalah kepada parti pembangkang sebaliknya BN akan bercita-cita untuk menang besar bagi menghilang malu kerana menang kecil di Hulu Selangor dan kalah di Sibu Serawak.

Dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Bung Mokhtar itu saya percaya anak-anaknya akan merasa sedih begitu juga isteri pertama walaupun hati sudah terluka dengan kehadiran Zizie didalam kolam keluarganya. Tambah menyedih lagi apabila melihat Zizie begitu galak dengan senyuman sedangkan suaminya akan menjalani kehidupan didalam penjara sekiranya hukuman itu kekal.

Peristiwa ini adalah sebagai satu pengajaran kepada pembuat undang-undang apabila berdepan dengan hakim yang bernama Wan Mahyuddin Wan Muhammad dan juga menjadi satu pengajaran kepada sesiapa yang mahu beristeri muda jangan sekali-kali berkahwin tanpa mengikut undang-undang syariah nikah kahwin. Seperti juga kesalahan trafic boleh lari laju tapi apabila terkena perangkap denda mesti bayar, tak menjadi salah kalau tidak ditangkap walaupun undang-undang mengatakan salah.

Banyak lagi kes-kes kahwin tidak mengikut undang-undang dunia berlaku terutama oleh orang-orang besar dan berpengaruh tapi lepas dan bebas. Bung Mokhtar nasib tidak menyebelahinya walaupun sedap tapi terseksa. Zizie sedap ketawa.

3 comments:

melayuangkat said...

Sepatutnya si Zizie ni pun di PENJARA sekali. Lagi pun mereka sudah berjanji sehidup semati..

chegarMD said...

bos, tak usah bimbang, peroses ada rayuan lepas rayu,rayu.lepas tu
adalah campor tangan sepaya hukuman
di tunda atau di kensel oleh orang2
yg diatas undang2 kan kita ni di ma
laysia bukan nya di barat.
contoh, kes kartika minum beer akhi
r nya mahkamah buang masa saja, hu
kuman tak di laksanakan kerana ada
peruntokan utk melepaskan pesalah.oleh sebab tulah datin zezi serunok ketawa dan bong senyum bangga.ah! malaysia shurga kpd golongan elit,

airman_1 said...

dimana silapnya..? manusia..sistem..tapi yang jelasnya ialah manusia menyukarkan sesuatu yg dihalalkan islam, tidak redha dgn ketentuan ALLAH TA'ALA