Saturday, May 29, 2010

Mahathir sokong saya?

Saya sokong Tun Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia kerana beliau sokong saya dalam isu Pekerja Asing. Memang diharapkan oleh pemilik perniagaan asing mengharapkan Kerajaan Malaysia membenarkan rakyat warga asing datang bekerja di Malaysia kerana seperti kata Tun Mahathir Kerajaan perlu sedikit bertolak ansur terhadap dasar tidak membenarkan pekerja asing bekerja dinegara ini.

Terutamanya pekerja diperingkat bawah (boroh/kuli) kerana gajinya murah dan tidak ada rakyat malaysia yang minat. Apabila tidak ada rakyat malaysia yang mahu bekerja diperingkat bawah maka masaalah pekerja dihadapi oleh majikan dan menyebabkan hasil pengeluarannya terjejas dengan sendirinya kedudukan syarikat terjejas.

Rakyat Malaysia sudah mencapai tahap pendidikan yang tinggi, yang boleh setanding dengan negara maju, jawatan boroh ataupun kuli sudah tidak minat lagi kerana sudah tidak sesuai dengan taraf pendidikan yang mereka perolehi. Maka tempat itu hendaklah diisi oleh rakyat asing terutamanya dari negara yang miskin yang berpendidikannya masih rendah.

Gaji pula kecil yang tidak memberi semangat kepada rakyat malaysia untuk bekerja sebagai boroh, kerana majikan tidak berupaya memberi gaji yang mahal kepada jawatan sokongan seperti boroh kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Buat apa majikan mahu memberi gaji yang mahal kepada boroh sedangkan dengan berbuat demikian syarikat akan rugi.

Walaupun waktu ini masih ada kelulusan yang diberi oleh kerajaan kepada majikan yang memerlukan boroh asing tapi ia tidak mencakupi semua sektor, oleh itu adalah diharapkan supaya kerajaan memberi kelulusan itu hendaklah jangan memilih kasih hanya membenarkan negara-negara tertentu saja yang dapat masuk bekerja di malaysia.

Apa yang berlaku hari ini Kerajaan membenarkan rakyat asing yang tidak berugama Islam datang bekerja di Malaysia tapi rakyat asing yang berugama Islam diharamkan. Contohnya Kerajaan membenarkan rakyat Vietnam, Nepal dan Kemboja tapi mengharamkan rakyat Bangladesh yang menjoitinya berugama Islam.

Malaysia dikenali sebuah negara Islam sepatutnya keutamaan hendaklah diberi kepada rakyat yang berugama Islam datang bekerja di Malaysia. Oleh itu adalah diharapkan saranan yang telah dibuat oleh Tun Mahathir Mohamed itu dapat perhatian oleh Kerajaan Malaysia kerana ada asas yang kukuh sekiranya berlaku ketidakan cukupan pekerja maka pengusaha asing akan menutup perniagaan disini dan boleh merugikan negara dan rakyat juga.

Biarlah rakat asing menjadi kuli, rakyat malaysia kita menjadi tuannya.

1 comment:

Unknown said...

tuan!
saya harap kpd ton mahadir dan rakyat malaysia tak usah dok agas
lah. kerana mengikut seorang menteri, kita akan berdepan suasana ekonomi yg teruk,maka kita pakat2 berdoa semuga bala di jauhka tuhan.negara hampir muflis
dan kebuduhan pemerintah dlm menguruskan wang negara.perkara ini memang benar, setiap pm membazirkan wang negara berbilion2
seolah2 duit mak papak dia perkara ini di tegaskan laporan audit dan penulis wartawan yg berfakta.amat
malang bagi rakyat malaysia yg mempunyai pimpinan yg tak setanding lee kuan yeu dari singapore. dan sekarang tingut guan eng di pinang lebeh cerdik dari dlm tadbir urus negeri ,pembaziran adalah musoh guan eng sementara pm membelanja beratus2 juta utk prk.1malaysia rakyat di porak perandakan.