Wednesday, July 27, 2011

Biometrik. Ada muslihat?

Biometrik kini sudah menjadi punca rezeki kepada pihak yang mengurus membekalkan kepada agensi kerajaan dan kini diwajibkan diguna di Jabatan Imigresen bagi memantau rakyat asing masuk ke Malaysia. Puluhan jutaan ringgit telah dipunggut oleh pembekal sama ada dengan cara sewa yang terpaksa.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR juga bercadang akan mengunakan Biometrik dalam proses pengundian semasa pilihanraya berlangsung nanti dan PM Najib telah bersetuju untuk memberi peruntukan manakala pihak parti pembangkan tidak bersetuju sistem Biometrik diguna pakai semasa pilihanraya dan mencadangkan supaya SPR mengunakan dakwat kekal bagi mengatasi berlaku penipuan dimasa mengundi bagi mengelak berlaku adanya pengundi yang mengundi dua kali.

Kedua-dua sistem itu boleh dipakai tapi ada isu yang boleh dipertikaikan kerana kedua-dua pihak iaitu daripada SPR dan Kerajaan ada hujahnya manakala pihak pembangkang ada hujahnya. Tapi yang paling bangus untuk dipakai tentunya mengunakan dakwat kekal kerana semua orang boleh melihat bahawa seseorang itu telahpun menjalankan tugasnya sebagai pengundi.

Ianya juga boleh mengelak barlaku kesangsian kerana ada bukti bahawa seseorang itu telah mengundi kerana dijarinya ada tanda dakwat kekal manakala sistem Biometrik tidak ada tanda yang boleh dikesan dengan jelas bahawa seseorang itu telah mengundi kerana sistem Biometrik tidak semestinya tidak boleh digodam.

Apa akan berlaku sekiranya sistem internet pada hari mengundi tidak berfungsi dan ada sabotaj terhadap seluruh sisitem berkomputer, adakah pengundian akan dibatalkan. Sekiranya itu berlaku sekali lagi SPR dan Kerajaaan akan dipertikiakan dan agak memalukan kepada dunia.

Kerajaan dan SPR tak usah takut untuk mengadakan sistem pengundian yang mengunakan dakwat kekal. Ikutlah apa yang dikehendaki oleh parti pembangkang. Mengunakan Biometrik ataupun dakwat kekal yang pastinya UMNO akan menang dalam PRU 13 kerana ianya disokong oleh blogger yang hebat seperti TunFaisal, Radio dan TV semua cennal sokong UMNO, surat kabar arus perdana yang dimiliki oleh parti-parti politik Kerajaan diwajibkan sokong UMNO.

Kenapa Kerajaan harus takut untuk menunaikan permintaan daripada parti pembangkang sedangkan pengundian secara mengunakan dakwat kekal tidak ditolak oleh rakyat. Apakah memang ada muslihat disebalik mahu gunakan Biometrik sebagai sistem dalam melaksanakan pengundiaan kerana sistem tersebut sekarang sedang giat digunakan untuk mendaftar rakyat asing yang terdapat di Malaysia.

Memang cara Kerajaan seperti 'memaksa' supaya Biometrik untuk sistem 6P yang sedang berlangsung sekarang disiapkan dalam tempuh yang begitu cepat walaupun menyusahkan kepada pihak yang terlibat. Lihat di Ibu Pejabat Imigresen di PUTRAJAYA, tiap- tiap hari manusia berasak-asak seperti 'ikan sardin' kerana terpaksa mematuhi arahan Kerajaan BN dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam.

Mungkin ianya ada hubung kait dengan Biometrik yang hendak diguna pakai oleh SPR?

1 comment:

LutiNamRon said...

Kan!!! Sudah ku katakan....mekanismanya tak penting...yg penting volumenya, gahnya agar sesuai dgn harga yg akan diquotekannya walaupun kat lowyatnya tak seberapa, vendornya, kaitan dengan siapa, prinsipal kepada barang yg dibekalkan? Selidikilah wahai saudaraku....ianya akan kembali kepada pak amin,kart food,Jalan Selasih Taman Kemas...ada makna tu..hahaha..perhatikanlah personaliti yg beria-ia pertahankannya....