Thursday, May 22, 2008

Kemana mereka yang hilang? 'HIDUP' ataupun 'DAH MATI'

Untuk Renungan Kita Bersama,
  • JENAYAH


    -->
    242 kanak-kanak hilang hingga Mac

  • KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen (gambar).

  • Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

  • Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.

  • ''Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita,'' katanya.

  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

  • Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.

  • Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.
    ''Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan,'' ujarnya.

  • Sementara itu, beliau berkata, lebih 2,000 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun di negara ini berada dalam penjara kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.

  • Katanya, 400 daripada mereka masih ditahan reman bagi menanti kes dibawa ke mahkamah.

  • Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan ialah samun, bunuh, jual cakera padat haram dan sebagainya.

  • ''Saya dimaklumkan ada kalangan remaja ini yang terpaksa menunggu sehingga tiga tahun untuk kes mereka dibawa ke mahkamah.

  • ''Sehubungan itu, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu agar kes mereka dapat dipercepatkan,'' katanya.

No comments: