Friday, May 23, 2008

Mari bermain politik

Politik di Malaysia seperti sejenis permainan, boleh pilih nak bermain parti mana, boleh keluar masuk, boleh nak kata apa apa yang kita suka, boleh pilih nak bergu dengan siapa, hari ini dengan si anu dan minggu depan dengan si anu. Hari ini boleh caci dan mengatakan kepada orang yang kita tak suka, esok boleh puji pada orang yang sama.

Tun Mahathir keluar parti UMNO. Isunya belum lagi reda ada yang ikut jejaknya dan ada usaha untuk memujuk beliau padamkan hasratnya, ada orang kata tindakan beliau itu seperti marahkan nyamok bakar kelambu (banyak sangat nyamok, termasuk nyamok eades, sehingga membuatkan kita tak nyenyak tidur) sembur reset pun nyamok tak mampus, so apa tindakan yang patut diambil. Sebenarnya Tun Mahathir tak bakar kelambu, beliau hanya lari dari tempat tidurnya sementara menunggu nyamok nyamok itu mampus dengan sendiri apabila kenyang menghisap darah (seperti toyol).

Meminjam kata-kata YB. Dato' Seri Syed Hamid Albar, UMNO bukan milik sesiapa, UMNO milik ahli-ahlinya. Beliau akan tentukan UMNO selamat dan akan terus menjadi pelindung kepada bangsa melayu. Sedap bahasa yang digunakan, memanglah UMNO akan jadi pelindung kepada bangsa melayu, tapi yang malangnya ada bekas menteri menjadi pelindung kepada bangsa asing (agen haram) yang ada hubungan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Apa tindakan YB. Dato Seri Syed Hamid selaku Menteri yang bertanggongjawab dalam hal KESELAMATAN dalam negeri.

Berita terbaru pula kisah seorang sahabat akan menyertai UMNO. Sdr Ezam Mohd. Nor orang yang tersohor dalam era reformasi untuk mempertahankan Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi mangsa keganasan politik Tun Mahathir, di ura ura akan menyertai UMNO dalam masa terdekat. Apa yang tersirat dalam isu ini masih jadi tanda tanya saya. Saya cuba menghubungi beliau pagi ini tapi telepon tak diangkat, saya hanya mahu dengar sendiri dari beliau dan mahu pengesahan berita ini dari tuan yang ampunya diri.

Saya sedang menghitung apa sebenarnya akan berlaku:-

  • Adakah Ezam akan masuk UMNO kerana Tun Mahathir dah keluar UMNO
  • Adakah akan berlaku peralihan kuasa dalam UMNO dan Kerajaan dalam masa terdekat
  • Adakah Ezam masih menCINTAI parti UMNO.

Atas alasan apa sekalipun, sekiranya ia belaku, sememangnya lah politik di malaysia ini hanya sebagai satu permainan. Ditendang pun boleh, di kendong pun boleh, ikut suka pemimpin saja bagaimana cara dan keadah seseorang ketua itu memimpin. Perjuangan sebenarnya dimana? dan untuk siapa?

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "bercina buta".

No comments: