Monday, May 19, 2008

Anugerah Tun Mahathir pada Pak Lah

SAH, Tun Dr. Mahadhir Mohamed, Bekas Presiden UMNO mengumumkan keluar daripada parti pagi ini (19hb. Mei 2oo8) di Alor Star Kedah, tanah tumpah kelahirannya kerana beliau tidak mahu menjadi ahli UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Presiden UMNO dan beliau akan menyertai UMNO kembali setelah UMNO tidak diterajui oleh Pak Lah.

Seingat saya, inilah kali kedua Tun Dr. Mahathir tidak menjadi ahli UMNO, pertama kali semasa beliau dipecat oleh Tengku Ab.Rahman setelah beliau didapati berceramah diatas platfom PAS kerana mengkritik kepimpian Tengku dan hari ini beliau sendiri keluar parti kerana tidak bersetuju dengan cara dan gaya Pak Lah memimpin parti.

Berita ini sememangnya mengejutkan bukan saja kepada ahli parti tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Tentu ada perkara besar yang akan berlaku selepas ini, tentunya Tun Dr. Mahathir ada stertegi tertentu sehingga beliau sanggup membuat keputusan yang berani ini. Dan bagaimana UMNO dikatakan masih releven sekiranya orang yang ada otok dan vision yang jelas serta ilmu yang tinggi mengambil keputusan untuk keluar daripada menjadi ahli UMNO.

Yang anihnya parti UMNO yang dikatakan keramat ini, semua bekas Presiden parti diakhir hayatnya tidak menjadi ahli parti, Allahyarham Dato Onn, Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj,Allahyarham Tun Husein Onn meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO. Tun Razak meninggal dunia semasa menjadi Presiden UMNO.

Apakah nasib Tun Dr. Mahathir akan menjejaki bekas bekas Presiden parti, dan ini tidak mustahil berlaku sekiranya umor Pak Lah akan mengatasi umor Tun Mahathir. Hanya dengan cara peralihan kuasa ataupun Pak Lah kalah dalam pemilihan parti Disember nanti yang akan boleh merubahkan keadaan Tun Dr. Mahathir akan kembali kepangkuan UMNO.

Orang yang sayang kepada Tun Dr. Mahathir tentunya mereka berusaha supaya Pak Lah cepat-cepat berundur dari memegang jawatan Presiden parti, tapi kepada penyokong penyokong Pak Lah, mereka tentunya akan mempersetankan keputusan Tun. Dr. Mahathir.

Yang pentingnya, kalau UMNO itu parti untuk orang Melayu dan Islam, dan ahli ahli parti sebenarnya CINTAkan kepada perpaduan, kerana perpaduanlah yang akan menentukan hala tuju untuk memperkuatkan perjuangan, maka satu semangat hendaklah dipupuk dikalangan pemimpin dan ahli-ahli iaitu PENGORBANAN.

Dan falasafah yang selalu disebut-sebutkan oleh Tan Sri Husein Ahmad, Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, iaitu untuk mencapai satu satu matlamat Bangsa kita hendaklah mengamalkan tiga prinsip pengorbanan:-
  1. Sanggup Berkorban
  2. Sanggup Di Korban
  3. Sanggup jadi Pengkorban.

Oleh itu ahli-ahli parti dan pemimpin hendaklah membuat sesuatu supaya parti UMNO terus diminati oleh rakyat Malaysia dan akan kekal releven sebagaimana bangsa kita seperti kata Laksaman Hang Tuan, 'Melayu Tak Akan Hilang Di Dunia'.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berkorban apa saja"

No comments: