Wednesday, May 14, 2008

DELIMA ! DELIMA ! DELIMA !

(mungkinkah anak kecil molek ini jadi PM wanita pertama?)

Sdr/Sdri yang dihormati sekalian,

Tun Dr. Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia pernah menulis buku berjudul " Delima Melayu" yang diharamkan untuk dijual kepada umum semasa Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj menjadi Perdana Menteri. Sekarang ini telah meletakkan rakyat dalam keadaan DELIMA, khususnya ahli-ahli UMNO yang CINTAkan pada perjuangan parti yang slogannya ' Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'. Yang beliau pernah mengatakan dalam keadaan sekarang ialah ditelan mati emak diluah mati bapa.

Umum sedia maklum bahawa beliau telah menyarankan supaya YAB Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti UMNO dan juga jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sehingga beliau mengatakan itulah diantara janji-janji manis sebelum beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah.

Tidak ada siapa tahu, apakah perjanjian dan persetujuan yang telah dibuat oleh mereka berdua melainkan Allah s.w.t dan para melaikat yang mencatit pahala dan dosa dan tentunya mereka berdua tidak sanggup berdosa apatah lagi menanggong azab dan seksa diakhirat nanti. Mereka pemimpin besar, mereka tahu bahawa pahala membawanya ke Syurga.

Kalau dulu kita bincang pasal Delima Melayu, hari ini banyak Delima kena bincang, iaitu:

  • Delima UMNO - bagaimana keadaan talihayatnya, siapa lawan priseden, siapa bakal Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Puteri.
  • Delima Barisan Nasional - bagaimana sokongan parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan terutamanya parti-parti kompenan dari Sabah dan Serawak, apakah mereka setakat mengugut saja atau ada kesungguhan usaha bersama parti-parti pembangkang lain untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia Baru.
  • Delima YAB. Dato' Seri Najib - bagaimana peralihan kuasa akan berlaku, bila waktunya yang sesuai dan yang takutnya peralihan kuasa ini tidak sempat berlaku, kerana sekiranya Pak Lah akan bersara selepas pemilihan pucuk pimpinan parti Disember ini, beliau gagal mempertahankan kedudukan selaku Presiden. (Kemungkinan berlaku atau tidak TUHAN saja yang menentukan).

Orang UMNO sekarang terbahagi kepada dua, satu hidup nak cari makan dan menumpang mendapat rezeki dengan mudah daripada orang yang berkuasa dan satu lagi berjuang kerana jiwaraganya CINTA kepada Agama, Bangsa dan Negara, makan sekadar rezeki yang ada untuk hidup. Dan dah ramai belajar untuk berani berjuang bagi menegakkan kesamarataan.

Marilah kita ambil perhatian perihal DELIMA ini.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berani buat, berani tanggong".

No comments: