Monday, May 5, 2008

"TAHNIAH' Dato'Rahim Ab.Rahman, tepat pada masanya.

Yang ku dengar,

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Ab.Rahim Ab.Rahman mengumumkan akan bersara dari arena politik dan tentunya ekoran daripada itu kekosongan jawatan Ketua bahagian akan diisi dalam pemilihan UMNO Bahagian pada bulan oktober nanti.


Timbalan Ketua UMNO Bahagian sekarang adalah Sdr Hanafi Mamat dan Naib Ketua Adalah Sdr Johan Che Pa. Adakah akan berlaku pertandingan di bahagian Pasir Mas bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua bahagian.


Dengar-dengar, Sdr Johan berminat untuk mengisi jawatan Ketua Bahagian dan pastinya juga Sdr hanafi bersedia untuk menjawat jawatan Ketua bahagian, bagaimana pula dengan Sdr. Rosdi yang sudah habis tempoh sebagai Ketua Pemuda dan Dato' Dr. Wan Suhaimi pendatang baru dalam arena politik Pasir Mas.


Mungkin berlaku pertandingan merebut jawatan dalam UMNO Bahagian Pasir Mas

menjadi kenyataan, kerana di Bahagian ini ramai tokoh boleh memimpin dan ada kelebihan masing-masing, apa tah lagi di Bahagian ini sentiasa mengamalkan demokerasi dalam pemilihan, tidak ada sekatan dan perkara karut berlaku seperti mematikan cawangan yang tidak menyokongan pemimpin-pemimpin tertentu.


Sikap terbuka pentadbiran UMNO Bahagian membuat ahli-ahli UMNO Bahagian tersebut matang untuk memilih pemimpin mengikut citarasa dan acuan ahli-ahlinya. Ahli-Ahli UMNO Bahagian Pasir Mas meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan peribadi, sebagai contoh Datuk Ketua bahagian ini bersedia mengundur diri sebagai tanggongjawab merusoknya sokongan rakyat kepada perti dan memberi peluang kepada orang lain untuk memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO.


Inilah pengorbanan yang ditunjukan oleh beliau sebagai menandakan CINTA beliau kepada parti.


Bak kata Ayat-Ayat CINTA "bercerai kasih kerana sayang dan CINTA pada perjuangan".

No comments: