Saturday, May 3, 2008

Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja kerana 'CINTA'


Borak-borak dikedai kopi sepanjang hari ini berkaitan isu politik UMNO, terutamanya orang-orang UMNO Kelantan yang masih belum reda bercakap pasal niat DSP (Datuk Seri Penglima) Annuar Musa sedia untuk berundur diri apabila pucuk pimpinan mahu beliau berbuat demikian. Berundur bererti melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. dan beliau menamakan dua orang Ketua UMNO Bahagian iaitu Dato' Ramzi Ab.Rahman, Ketua UMNO Bahgian Kuala Krai dan Dato' Awang Adek Husein, Ketua UMNO Bahagian Bachok (Kedua-duanya kalah dalam pilihanraya lalu).

Ramai orang bertanya kenapa DSP Annuar Musa tidak namakan Dato' Mustapha Muhamad, sebagai calun bagi menerajui UMNO Kelantan, kerana Dato' Pa menang pilihanraya lalu dan juga telah diberi kepercayaan oleh Pak Lah dengan melantik beliau sebagai Menteri Asas Tani. atau kenapa tidak Dato' Zaid Ibrahim yang menjadi Menteri, walaupun bukan Ketua Bahagian,tapi MT UMNO boleh memberi balik jawatan Ketua Bahagian kepada beliau dengan menarik balik penggantungan terhadap beliau seperti mana MT memberi kebebasan kepada Fauzi ,Ketua Bahagian Kubang Kerian atau kepada Datuk Alwi Che Mat, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan dan menang pilihanraya lalu .


Inilah antara persoalan yang timbul dan hangat diperbincang oleh ahli-ahli penal politik kedai-kedai kopi di Kelantan, dan isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga berhak mengetahui perkembangan politik UMNO kerana orang-orang inilah juga yang akan menjaja cerita dikampung-kampung perihal baik buruknya UMNO.


Mereka juga bertanya dimana mahu diukur kesepakatan diantara pemimpin UMNO Kelantan, dimana harus dinilai semangat keCINTAAN mereka kepada perpaduan memang benar-benar ujud dikalangan pemimpin peringkat Negeri dan Kebangsaan sekiranya YBM Tengku Razaleigh tidak diambil kira dalam memperkukuhkan perpaduan pemimpin UMNO Kelantan.


Ahli-Ahli UMNO percaya, UMNO Kelantan boleh bangkit dengan hebatnya dimasa depan sekiranya sifir perpaduan dan kesepakatan dibaca dari sekarang, Badan Perhubungan UMNO Negeri hendaklah disusun dan diatur mengikut kehendak dan suara ahli ahli diakar umbi dan mempunyai ketokohan sebagai seorang pemimpin. Pilih dan ambillah pemimpin yang betul betul pandai berCINTA dengan rakyat semuga rakyat sayang dan CINTA kepada pemimpin dengan menjurus kasih sayang mereka kepada parti UMNO.


Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "manusia sanggup melakukan apa saja apabila ia jatuh CINTA".

No comments: