Wednesday, May 21, 2008

AMAN di kampung 'GONDANG'


Upacara Perasmian Penutup Pesta Sukan Tahunan Sek.Kebangsaan Gondang,Keterah,Kelantan.





Suasana diibu kota dua tiga hari ini membosankan, melayu berkelahi dengan melayu, Tun Mahathir keluar UMNO, anaknya YB. Mukhris kekal sebagai ahli UMNO, Dr. Siti Hasmah dan anaknya Mokhzani keluar UMNO, YB. Mukhris minta Pak Lah berhenti jadi Perdana Menteri, berhenti jadi Presiden UMNO sebelum julai ini. Dato' Seri Hisahmuddin, Ketua Pemuda UMNO nampaknya marah pada YB. Mukhris. Para pemimpin Majlis Tertinggi UMNO macam-macam pendapat dan kadang kadang mereka itu tak sedar diri bagaimana beliau diasuh supaya budaya melayu iaitu Berbudi, Mengenang Budi dan Membalas Budi diamalkan.


Kebetulan pada hari ini saya terpaksa berada di Kelantan kerana menunaikan janji yang saya telah memberi persetujuan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Gondang bagi merasmikan majlis penutup 'Sukan Tahunan Sekolah 2008', Sekolah Kebangsaan Gondang terlekat dalam Bahagian Parlimen KETERAH dan DUN Kok Lanas.


YB. Parlimen KETERAH ialah Aziz Ab. Kadir(PKR) dan Ahli Dewan Undangan Kok Lanas ialah Datuk Haji Ali Che Mat (UMNO) Kedua duanya adalah anak buah saya semasa saya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Peringat,Kelantan. Dato' Haji Alwi adalah Naib saya dan Ab. Aziz Kadir adalah Setiausaha saya.


Saya cukup berbangga diatas kejayaan mereka berdua dalam arena politik, Dato' Haji Alwi adalah Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia (Pak Lah) dan Sdr Ab. Aziz Kadir adalah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan. (Diiringi dengan doa semuga rezekinya akan bertambah). Sejarah perjuangan mereka berdua dalam politik UMNO Bahagian Keterah akan saya paparkan apabila tiba masa yang sesuai.


Berbalik kepada Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Gondang, bersama ini saya paparkan gambar-gambar kenangan bagi melahirkan rasa tenang dan amannya apabila kita berada dikawasan perkampungan melayu yang jauh dari kebisingan dan kehangatan yang melanda ibu kota sehari dua ini.


Di Kampung kita boleh merasai semangat muhibbah dan perasaan kasih sayang diantara anak, ibu dan bapa yang dizahirkan secara terus perasaan CINTA diantara satu sama lain. Di Kampung kita akan dapat melihat dengan mata akan keikhlasan seseorang itu.


Bak Kata Ayat-Ayat CINTA, " dari mata turun kehati, dari hati berputiknya CINTA".










Silat, tarik tali diantara aturcara sukan. Dalam gambar kelihatan Mohd.Asri atau lebih dikenali 'Mat Tongkat' sedang beraksi silat, keistimewaan beliau ialah walaupun mengunakan kekuatan satu kaki dan tongkat beliau mempu bersilat dengan baik dan bertenaga.












  • B
  • E
  • R
  • S
  • A
  • T
  • U
  • K
  • I
  • T
  • A
  • B
  • E
  • R
  • S
  • A
  • T
  • U

  • jangan kita roboh.

  • bersatu teguh,
  • bersatu teguh,
  • bersatu teguh,bersatu teguh,bersatu teguh.
  • bersatulah wahai pemimpin melayu, buang yang keruh,
  • berkorbanlah kerana ianya tuntutan pengorbanan.

No comments: