Monday, June 2, 2008

Takaful Merdeka, janji tinggal janji? & pesta lumba motor haram.

Semalam di Kok Lanas Ketereh, di Restoran 'Kapila' ramai ketua ketua cawangan bersantai disana, saya sempat duduk dengan mereka untuk bertanya kabar perkembangan politik semasa dalam Bahagian, cerita yang paling mendapat sambutan berhubung dengan janji pilihanraya. Rata rata melahirkan rasa terkilan apabila pilihanraya berlalu maka janji pilihanraya pun berlalu tanpa penghujung.

Skim 'Takaful Merdeka' diujudkan oleh UMNO kerana nak lawan dengan skim Takaful Kifalah yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Orang yang mati disogok dengan wang, kerana skim ini bukan bertujuan kebajikan tulin, kebajikan cari pengaruh politik, skim nak membuta hati rakyat. Saya mengatakan demikian kerana sesiapa yang ingin mendapat bantuan skim ini mesti melalui satu proses bersyarat.

Kalau ikhlas, sama ada kerajaan PAS di Kelantan atau pun UMNO Kelantan, kenapa mesti melalui proses bersyarat, kenapa tidak dilaksanakan kepada semua rakyat negeri Kelantan, mati saja tak kira rakyat itu dari parti politik mana sekali pun, wang takaful itu hendaklah diberi kepada waris terdekat simati itu.

Skim ini nampaknya nak berjasa kepada orang yang telah mati disamping boleh memikat undi daripada saudara mara simati, yang nampaknya tidak ikhlas, kerana kalau sungguh sungguh ikhlas kenapa setelah lepas pilihanraya perkara ini masih berbangkit. Nampak sangat skim nak pancing undi.

Sekarang yang menanggong beban, orang kuat parti di peringkat akar umbi, mereka ditanya oleh rakyat dan dibeban pula wang pendahuluan yang dikeluarkan sebelam pilihanraya tak dapat pulangan balik kerana skim ini dah jadi cacamarba.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Kok Lanas, lebih kurang jam 1 pagi, saya dihubungi oleh rakan karib saya iaitu Sdr Aziz Deraman, Ketua UMNO Cawangan. (Aziz Deraman lebih di kenali dengah nama Aziz Kayu Besar,oleh orang orang kampung dan juga kaum kerabat anak anak kelantan di Kuala Lumpur terutamanya disekitar Masjid Pakistan di Chow Kit) beliau meminta saya datang di kedai kopi dekat rumahnya di Padang Kala, Melor.

Katanya ada beberapa Ketua Cawangan nak jumpa dan nak bertanya berita politik Kuala Lumpur, bagi tidak menghampakan permintaan rakan rakan saya terus kesana dan bersembang lebih kurang 1 jam dan dalam perjalanan saya untuk pulang kerumah lebih kurang jam 2.30pagi melalui jalan pasir puteh, disepanjang jalan dari wakaf tok wali ke Pasir Tumbuh saya lihat semacam ada pesta kerana dikiri kanan jalan dipenohi oleh anak anak muda lelaki dan perempuan yang belum tidur sepanjang lebih kurang 5 kilo meter.

Setelah saya melihat gelagat anak anak muda itu saya dapat meneka, bahawa mereka itu penuntun lumba motorsikal haram, nampaknya budaya lumba motor haram ini berlaku dimana mana, Apakah ini satu kemajuan genarasi muda, dan nampaknya dakwah yang dititik berat oleh kerajaan PAS di Kelantan supaya genarasi muda menjadi pemangkin pembangunan Bangsa dan Agama belum berkesan untuk menginsafkan anak anak muda Kelantan supaya CINTAkan nyawa mereka. Teruskan usaha Tok Guru.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "Janji mesti ditepati".

3 comments:

nasru said...

bila sebut nama aziz deraman saya teringat yang bila aziz bercakap pasti banyak tokok tambahnya. dikalangan pemuda-pemuda dia dikenali aziz kbb (no kenari dia dulu) atau lebih tepat aziz kaki bual besar. bukan nak hina tapi orang macam inilah yang buat budak-budak tak minat politik.

manakala sorang lagi yang paling saya menyampah ialah che hamdan che hassan. exco pemuda yang pegang portfolio anti dadah. padahal dia kaki ubat batuk. saya tahu sangat dan ramai juga yang menyampah. 3 kali dia pukul saya dari belakang.3 kali saya patahkan serangan dia tanpa balas. dia marah bila sy dapat kerja dengan annuar musa dahulu. bila saya dah terbuang dia dtg menyumpah saya di kedai su cahaya dengan menyatakan dia gembira kerana annuar musa buang saya kerana saya agah masa kerja dulu.

orang seperti ini tidak layak untuk jadi pemimpin masyarakat. namun pihak atasan masih belum sedar akan kelemahan ini malah sanggup membiarkan mereka terus merosakkan imej parti.

ulasan lanjut dalam http://wan-nasru.blogspot.com

sykitt said...

Ambo beraso nok suko bilo ore kato aziz deraman ni seorang bual besar.Ambo tolok seratus peratus, tambah- tambah lagi bilo manusia hak membuat statement ni ialah orang yang tidak berotak dan mengikut marah semata- mata. Nasru said dia nak marahkan che hamdan dan Aziz merupakan sahabat Che Hamdan,jadi Statement Aziz Kayu Besar seorang bual besar adalah satu tuduhan tak berasas dan merupakan satu provokasi. Saya merupakan anak jati Kayu Besar amat duka cita membaca komen Nasru ni. persoalanya adakah Che Nasru ni pernah bersahabat, saling berhubung malah berbual di kedai kopi? setahu saya Aziz Deraman ni merupakan tokoh politik yang amat berjasa, bersemangat kental dan jugak mempunyai ciri- ciri pemimpin yang berkaliber. Semua penduduk disekitar Melor dan Peringat ni dah kenal Perangai dan jugak jasa baik beliau. Kalau dikedai kopi dia mengalahkan wakil rakyat yang mana beliau akan selalu turun padan untuk follow up perkembangan semasa politik dan juga memberi pendedahan berita politik kepada penduduk kampung, secara tak lansung air- air dikedai kopi beliau akan bayar semua. Memanglah kalau kita lihat beliau bukan jutawan, tapi harta belia ialah bakti, beliau kaya dengan idea- idea bernas dan juga budi beliau, adab bercakap untuk menambat keyakinan rakyat untuk UMNO adakalanya lebih adakalanya kurang. Kalau emas dikatakan tanah, maka tanah itu adalah emas. Saya bagi perumpaan bagi perinsip nya. Kita susah nak cari orang yang mempunyai semangat juang yang tinggi ini. Bukan setakat didalam negeri, malah kalau di Kuala Lumpur beliau memikul tanggungjwab untuk memperjuangkan parti. Kalau kita tengok di kedai kopi itu adalah kecil untuk digambarkan, jadi disini lah semuanya bermula, dikedai kopi dan juga di tempat- tempat orang ramai berbual lah paling besar impak nya idealogi politik, ini juga merupakan model of publicity, ini menunjukkan seorang yang bertanggung jawab menyebarkan maklumat kepada rakyat, tanpa ada seorang yang berpengaruh seperti beliau amat sukarlah untuk UMNO bahagian mendapat perhatian. Saya rasa komen che nasru itu tidak berkesan untuk menjatuhkan seseorang. Semua orang ada mata dan otak, jadi mereka boleh fikir sendiri. Tapi komen macam inilah selalunya menjadi cacing rawit. Selalunya pembankang memberi statement prrovokasi, tapi ini merupakan ahli sendiri. Orang macam nasru ni merupakan duri dalam daging. Ini juga boleh merebak, secara peribadinya ianya akan tersebar sedikit sebanyak. Kalau kita tengok anak muda sekarang jarang sangat berminat dengan politik, jadi semailah sikap yang positif yang boleh membangunkan agama, bangsa dan sekaligus Negara kita Malaysia. Jadi saya minta mana pihak yang bertanggung jawab sila ambil iktibar, bayangkan kalau orang macam nasru ni duduk didalam tapak kepimpinan parti, bayangkanlah dia seorang YB, maka musnahlah harapan, hancurlah impian.