Sunday, February 8, 2009

Penduduk tetap (PR) untuk siapa dan untuk apa?

Alhamdulillah, negara kita masih aman dan damai, rakyat masih boleh bergerak dengan bebas untuk mencari rezeki kehidupan, walaupun kerajaan hari ini sedikit demi sedikat cuba mengubah dasar mempermudahkan rakyat asing untuk mendapat status penduduk tetap (PR). Inilah yang sedikit sebanyak membimbangkan saya, negara kita yang aman akan terancam satu hari nanti sekiranya dasar membenarkan orang asing yang tidak tahu budaya kita diberi keistimewaan.

Apa sebenarnya muslihat kerajaan hingga sanggup melonggarkan syarat untuk membolehkan orang asing menjadi penduduk tetap di sini, apakah negara sudah tidak cukup wang untuk mentadbir negara sehingga sanggup digadaikan dengan memberi keistimewaan kepada rakyat asing. Berapa sangat wang rakyat asing dibawa ke negara ini. Apakah pekerja atau rakyat dari Bengladesh yang dulunya datang kesini sebagai pekerja oleh kerana rapat dengan orang orang tertentu maka ia dengan mudahnya mendapat PR.

Mana sebenarnya kekuatan semangat kepentingan bangsa dipegan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk tidak membiarkan negara dibanjiri oleh bangsa asing untuk menakluk negara kita dengan mudah. Mana pegangan amanah yang diletak dibahunya, kenapa mudah lali dan gelap mata. Apa sebenarnya yang boleh menguntungkan negara dengan memberi kemudahan untuk rakyat asing mendapat PR.

Apakah menteri ada muslihat?, atau adakah Ketua Setiausaha Negara ada muslihat? atau ada arahan dari mana mana untuk membantu rakan rakan atau kroni untuk membolehkan membawa masuk seberapa ramai warga asing menjadi penduduk tetap negara ini.

Ini lah persoalan yang bermain dalam minda saya, setelah saya mendengar dari para sahabat yang begitu tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Tugas menteri dan tugas Ketua Setiausaha Negara adalah menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan negara, tidak menjaga kepentingan rakyat asing yang tidak tahu langsung budaya dan tata susila rakyat negara ini.

Menteri dan KSN diminta sansitif, jangan satu hari nanti kerana tidak sensitif soal isu penduduk tetap (PR) akan dikeji oleh hamba rakyat. Maruah rakyat dan Negara ini hendaklah dijaga oleh meraka yang diberi Amanah dan Kuasa. Jangan tambah rakyat yang akan menambahkan masaalah kepada Negara dan Bangsa.

No comments: