Monday, February 16, 2009

RM 27,000. seorang?

Pulai Pinang adalah negeri pertama berjaya menganjurkan satu majlis "Memperkenalkan Calun-Calun" Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Dewan Tabung Haji, Bayam Lepas, kelmarin (15hb. Feb. 2009). Dua orang calun Timbalan Presiden hadir, iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, selebihnya calun Naib- Naib Presiden dan MT.

Kemunculan Tan Sri Isa Samad sebagai calun naib presiden tentunya sedikit sebanyak akan menjadi topik perbualan dikalangan perwakilan, kerana sebelum daripada ini Tan Sri Isa dikaitkan dengan politik wang yang menyebabkan beliau hilang jawatan menteri dan hilang jawatan sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti UMNO.

Apakah kalau beliau menang lagi jawatan naib presiden, maka UMNO akan terus menerima nasib yang sama iaitu kemenangannya akan dinafikan lagi dan akan disembeleh untuk tidak membenarkan beliau menjawat jawatan yang dimenangi nanti, ertinya UMNO hanya akan ada dua jawatan naib presiden UMNO seperti sekarang.

Pendapat saya ini, kerana saya tidak yakin gejala politik wang dapat dihapuskan dalam pemilihan memilih pemimpin UMNO, kerana sejak mesyuarat cawangan lagi gejala politik wang ini sudah menunjukkkan bukti ianya tidak dapat dihapuskan dan tidak dapat diambil tindakan sejujur-jujurnya.

Mereka yang menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin bercakap bedegar degar untuk menghapuskan amalan politik wang, tapi pada masa yang sama daripada merekalah wang dicurahkan untuk mempastikan kemenangan.

Yang peliknya tidak semua yang memberi wang kepada perwakilan diambil tindakan, yang diambil tindakan pula tidak sama menerima hukumannya, sebagai contoh Tan Sri Isa dikenakan tindakan yang begitu keras, tapi ada yang diberi amaran, diberi surat tunjuk sebab dan sebagainya, pada hal kesalahannya sama, iaitu mempengaruhi perwakilan supaya menyokong dan disogokkan dengan wang.

Tahun ini seramai 90 orang dikira layak bertanding untuk semua jawatan MT, beruntunglah mereka yang dipilih dan terpilih untuk menjadi perwakilan, jawatan yang dipertandingkan dari Timbalan Presiden (3 orang) Naib Presiden (8 orang) dan selebihnya Majlis Tertinggi (MT) termasuk pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Siapa yang berani kata, wang tidak menjadi faktor dalam pilihan kali ini, pada saya kalau tidak banyak pun sedikit mesti ada sekurang kurangnya belanja makan dan tempat tidur ataupun tiket kapalterbang dan kalau ada buah tangan tidak banyak pun sedikit, cuba bayangkan sekiranya ada buah tangan.

Kalau seorang perwakilan mendapat RM300 daripada seorang calun, kalau dikira seramai 90 orang calun, maka seorang perwakilan dikira secara purata akan mendapat RM27,000. (Dua puluh tujuh ribu ringgit), sudah agak lumayan buat sementara waktu dan saya percaya ada yang akan mendapat lebih daripada itu.

Dan bermula daripada semalam, saya terfikir sudah ada perwakilan daripada negeri pulau pinang mendapat wang belanja daripada calun ataupun wakil calun yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin UMNO Malaysia. Selepas ini mungkin di Johor.

No comments: