Sunday, February 22, 2009

Calun MT, harapan juak-juaknya hancur !

Haji Alwi Che Mat, Setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia, telah tidak menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada Mac 2009 ini, biar pun beliau cukup pencalunan tapi beliau telah tidak bersetuju untuk bertanding. Dengan demikian maka dari Negeri Kelantan hanya dua orang calun yang telah memberi kesanggupan untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, lagi pun mereka berdua ini telah menjadi Ahli MT, kecuali Tan Sri Annuar Musa yang dari awal lagi mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatan MT.

Dua orang dari Kelantan ialah Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pertanian dan Asas Tani dan Dato' Awang Adek Husein, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, kedua dua ini adalah muka lama dalam MT.

Kelantan pada asalnya memberi sokongan penoh kepada Alwi Che Mat, supaya bertanding MT bagi menganti Tan Sri Annuar Musa, kerana Alwi adalah sama Bahagian dengan Tan Sri Annuar Musa, terasa sedikit kecewa kerana UMNO Kelantan berharap ada muka baru dapat ditonjolkan sebagai pemimpin pelapis Kelantan di peringkat tertinggi parti. Lagi pun Tan Sri Annuar Musa tidak menawarkan diri sebagai ahli MT kerana ingin memberi peluang kepada Alwi, kerana diwaktu ini Kelantan mempunyai tiga orang wakil dalam MT. Dengan Alwi tidak mahu bertanding dan Tan Sri Annuar Musa tidak menawarkan diri maka Kelantan rugi satu suara di peringkat MT.

Apa yang saya dengar dari komen kawan kawan dalam UMNO terutamanya yang jadi perwakilan daripada negeri Kelantan, sekiranya Alwi bertanding beliau tentunya menang kerana perwakilan seluruh negara kenal beliau dan juga beliau adalah orang harapan Pak Lah yang tentunya perwakilan akan memberi sokongan untuk mengundi beliau.

Ada juga berpendapat, Alwi akan menang mudah kerana Tan Sri Annuar Musa akan membantu beliau untuk membalas budi kerana beliau bekerja kuat untuk memenangkan Tan Sri Annuar Musa semasa pemilihan yang lalu. Dan tentunya apabila beliau bertanding, beliau akan menjadi calun yang pepolur daripada Negeri Kelantan kerana sifatnya yang berani menentang PAS selaku Ketua Pembangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Harapan kemunculan Alwi Che Mat dalam MT UMNO Malaysia akan memberi menafaat kepada parti kerana beliau juga boleh dianggap sebagai tokoh ugama UMNO dimasa ini. Tapi sayangnya beliau sendiri tidak berminat untuk menjadi jemaah MT yang akan membuat dasar parti diwaktu parti memerlukan orang sepertinya berada didalam (masakan Pak Lah lantik beliau sebagai Setiausaha Politik, sekiranya khidmat beliau dan pendapat beliau tidak berguna).

Dengan Alwi tidak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah teramat malang kepada juak juaknya didalam UMNO Bahagian Ketereh, yang mengharap kemenangan Alwi sebagai satu hadiah dalam membangun dan memperkuatkan UMNO Ketereh yang sekarang ini menunggu masa tersukur kerana kesilapan Tan Sri Annuar Musa yang masih lagi percaya kepada ahli yang pandai bercerita tapi tak mampu bekerja.


No comments: