Tuesday, February 17, 2009

elak huru hara.

Hormati Perlembagaan Persekutuan

Inilah titah Tuanku Mizan, Yang Di Pertuan Agong, Di Parleman Hari ini, satu ucapan yang mahu melihat negara kita Malaysia ini sentiasa berada dalam suasana aman damai dan rakyat jelata yang berbagai kaum akan hidup dalam keriangan dan kegembiraan.

Simboliknya titah baginda itu ialah, dituju kepada orang orang politik yang mempunyai pengaruh tak kira dari parti politik mana supaya faham kehendak perlembagaan demi untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Bahan kepanasan politik tanahair hari ini sudah sampai ke suhu yang agak membimbangkan, tunjuk perasaan jalanan telah dianjurkan oleh semua ahli parti politik, kuasa polis dicabar, rakyat digunakan supaya tidak mematuhi undang-undang, dalang untuk upacara memanaskan suhu perpaduan telah mendabik dada secara terang terang, kadang kadang diambil tindakan, kadang kadang dibiarkan berterusan. Inilah perkara yang membimbangkan.

Kenapa sekarang ini ramai orang suka melawan kerajaan, tanpa rujuk kepada perlembagaan persekutuan, apakah rakyat sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku di perak sekarang, tiba-tiba saja sebuah kerajaan tumbang.

Maka berlakulah tunjuk perasaan disana sini, untuk apa sebenarnya, kalau sokong, sokong apa, kalau menentang, menentang siapa, tidakkah perbuatan yang dilakukan itu merugikan rakyat jelata, eloklah amalkan sistem yang sedia ada mengikut perlembagaan negara, adakan pilihanraya, selesai kira, rakyat pun tak huru hara, barulah tahu jantan betina.

Perlembagaan Persekutuan untuk dijadikan amalan dalam pemerintahan kerajaan, siapa saja rakyat malaysia mesti tahu isi kandungannya, soalnya sekarang adakah rakyat faham isinya, kalau rakyat faham baru rakyat ada rasa untuk menghormatinya, tapi kalau rakyat tak faham bagaimana akibatnya, suruh mudah tapi amalnya payah.

No comments: