Wednesday, February 10, 2010

SPRM: Bukan salah kami - Malaysiakini

"Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan"

Lama sungguh rakyat dok tunggu nak dengar berita. Apa sudah jadi dengan penyiasatan yang telah dibuat terhadap pembesar ataupun bekas pembesar negara berhubung dengan kes 'rasuah' sama ada rasuah wang ringgit ataupun rasuah kuasa. Nampaknya Abu Kassim telus dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab yang diberi amanah oleh kerajaan.

Berita rasuah menjadi tarikan kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan orang yang mempunyai kuasa dan kedudukan tinggi, tapi malangnya jarang sekali kita didedahkan tentang berita kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit yang kita dengar hanyalah ratusan ringgit dan ribuan yang kecil yang melibatkan peringkat bawahan.

Rasuah adalah satu penyakit yang tak dapat dihapuskan seperti penagih dadah dan pelacuran, tapi ianya boleh dikurangkan sekiranya ada tindakan yang berterusan dan tidak memilih bulu. Tambah-tambah lagi sekiranya kes yang berprofil tinggi dibawa kepengadilan dengan cepat dan segera. Banyak sebenar kes-kes berprofil tinggi yang belum diambil tindakan, tapi dengan pendedahan Abu Kassim itu adalah diharap pejabat peguam negara hendaklah beri perhatian yang sewajarnya supaya tidak ada kes tertangguh kerana permainan.

Proses pendakwaan dan perbicaraan hendaklah dibuat dengan segera, jangan sampai berbelas tahun kes masih belum selesai yang mana orang yang kena tuduh sudah meninggal dunia atau pun orang yang sepatutnya didakwa sempat melarikan diri keluar negara atau pun saksi penting hilang entah kemana.

Rakyat sedang memerhati dan akan memberi sokongan terhadap ketegasan Abu Kassim dengan dibantu oleh Shukri dan Zakaria Jaafar.

No comments: