Monday, February 15, 2010

UMNO Kelantan & Ibrahim Ali.

Dato' Ibrahim Ali.

Saya sering kali memperkatakan 'kehebatan Dato' Ibrahim' berpolitik, dan kenyataan saya itu dapat dibuktikan dengan rekod kecemerlangan beliau dalam arena politk tanahair yang tidak ada pada ahli politik lain, hanya nasib saja yang tidak menyebelahi beliau kalau dibanding dengan sesetengah ahli politik dimalaysia hari ini kerana ada orang tak payah berjuang pun mendapat kedudukan yang selesa dalam kerajaan.

Dato' Ibrahim Ali mewarnai politiknya dengan menyertai berbagai-bagai parti dari BERJASA, UMNO, Semangat 46 dan pernah bersama PAS. Kini beliau menjadi ahli politik bebas yang mirip kepada UMNO. Beliau berjuang kerana prinsip yang jelas iaitu untuk kepentingan Melayu dan setiap kali ada isu berkaitan dengan melayu disitu terdapat Dato' Ibrahim Ali. Jadi tak usah siapa pertikailah perjuangan Dato' Ibrahim Ali ini, tak usah nak tuduh bahawa beliau fanatik ataupun ultra perkauman.

Kerana kehebatan beliau berjuang tidak menumpang, beliau rela habiskan wang ringgit, masa dan tenaga dengan menubuhkan NGO untuk melahirkan sokongan kepada Melayu, setakat ini yang saya rekod ada dua pertubuhan yang sangat berjaya diterajui oleh beliau, yang mana sekarang ini PERKASA yang dicemburui oleh setengah pihak dalam UMNO dan MTRK (Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) yang mempertahankan insitiusi kesultanan Kelantan apabila ada pihak yang cuba hendak mengugat kedudukan raja-raja.

Rekod kehebatan beliau inilah yang digeruni oleh badan-badan lain termasuk badan politik, auranya boleh mengumpul orangramai sejak dibangku sekolah lagi, pedatonya walaupun keras tapi bernas. tidak kedekut memberi pandangan dan tunjuk ajar walaupun sekali sekali janjinya tidak tertunai kerana Dato' Ibrahim Ali juga manusia ada kekurangan dan kelebihan, jadi tak usahlah kita melihat kepada yang kurang sebagai ukuran perjuangan, lihatlah yang cemerlang yang tentunya kuasa melayu akan dipertahankan.

Komen dalam The Star kelmarin sebenarnya pendapat orang yang kurang rapat dengan beliau, komen sekilas pandang. Sebenarnya perjuangan Dato' Ibrahim Ali masih jauh kehadapan yang mana beliau mahu melihat Melayu jangan dipersendakan dan Negeri Kelantan membangun dengan identiti melayu yang amat terbilang. UMNO Kelantan akan rugi sekiranya pengaruh Dato' Ibrahim Ali dipandang sepi. Jangan sekali lagi 'menjilat jari'.

1 comment:

fs-86 said...

Malangnya Ibrahim Ali ialah seorang 'Katak'. Masakan rakyat mahu percaya kepada 'katak'. Kejap kesana, kejap kesini.

Kalau beliau pejuang sebenar, mengapa pinjam logo PAS masa bertanding PRU dulu lalu kini menentang PAS?. Cukuplah sekadar membawa dirinya sendiri. Hebat lagi Tok Mun yang gagah melawan Arwah Datuk Razali Ismail dan Mat Sabu di Kuala Terengganu.

Ibrahim Ali mungkin terkenal dengan "ketuanan melayunya" tetapi ke"katak"annya akan terus seiring dengan kehebatannya.