Wednesday, February 24, 2010

e-mail pedas tapi bernas.

Dato' Pa


Sdra newkk
Program 2B @ 'Berkawan & Berkhidmat' diatas adalah hasil ilham Datok Pa dlm usaha menawan kelantan dri PAS dlm PRU13 nanti.Saya merasa skeptikal dgn program ini kerana:-

1. Tok Pa bukannya jenis insan yang suka bersaing @ berkawan. seumur hidupnya, dari zaman budak2 sampai ke Universiti dan sampai ke tua, bukannya jenis duduk kedai kopi, restoran atau karaoke. Bukan juga kaki balai sah @ masjid.

2. Segala peers @ rakan2 sebaya dia juga adalah dari jenis yang sama. Burung yang bulunya serupa, terbang bersama-sama (birds of same feather flock together);

3. Pegawai-Pegawainya, dari Pejabat bahagian di Jeli sampailah ke MITI, kelihatan juga dari species yang sama. TIDAK ada seni bersahabat (NO friendship skill). Contoh, SetPol beliau, Dato Azmi Stapa adalah dilihat sebagain seorang yang angkuh, bongkak dan sombong. TIDAK mesra rakyat (NOT people friendly). Terkenal dengan 'mesra bertompok'. Hanya intim dengan golongan kontraktor2 sahaja. TIDAK dengan rakyat sakan.

SetPol ini juga terkenal dengan TIDAK suka menjawab telefon.Pernah berpengalaman untuk menghubungi beliau dengan membuat tidak kurang dari 13 panggilan dan satu SMS. Langsung TIDAK di respon.(Sedangkan dalam fonbimbitnya ada tercatit 'missed call'. Susah sangat ke nak call balik ?

Pengalaman ke2: SetPol ini tiba di Pengkalan Chepa dari KL. KeretauJPP menjemput beliau. Tanpa senyum & berpaling kiri kanan (apa lagi nak menyapa segala rakyat sakan yang tercegat di pintu arrival), langsung terus ke kereta JPP tadi.Kesimpulannya, saya berpendapat portal@facebook 2B yang dilancarkan beberapa malam dulu PASTI mengalami kegagalan kiranya Tok Pa dan seluruh anggota & kakitangan beliau tidak terlebih dahulu m3emperlengkapkan diri masing2 dengan 'SENI BERSAHABAT' terlebih dahulu.

Tok Pa, terutamanya mesti belajar 'mendengar & menggunapakai' nasihat2 yang dikemukakan kepada beliau. Jangan hanya nampak 'attentive' mendengar ketika saranan & cadangan disampaikan, tapi menolak bulat2 selepas itu.Orang ke2 penting ialah SetPolnya. Wajib tukar fe'el dan sikap. jangan anggap setiap individu tidak berguna. Ada sesetengah kita diluar sini adalah jenis 'suka mailto:bersaing@berkawan hasrat nak tolong parti. jangan ada rasa serabut dan fedup terhadap mereka ini.Atau kalau rasa jawatan SetPol ni terlalu berat untuk dipikul, resign saja dan baliklah semula ke universiti mengajar semula.

Mungkin ilmu beliau lebih dimanfaatkan di menara gading.ATAU maksud Tok Pa, siapa yang 'Berkawan" & siapa yang Berkhidmat ? Kita rakyat di bawah ? Hanya ketua yang patut 'lead by example'. Agar apa yang kita nak buat di redhai dan di berkati Allah, Tok Pa dan seluruh jentera sekeliling, WAJIB terlebih dahulu berubah. Kita sedang mendepani satu jihad untuk 'memenangi hati & minda rakyat'.Kita patut memperlihatkan sesuatu yang lebih baik dari PAS/PR. Kita orang2 UMNO kena memperagakan sesuatu yang lebih indah dan murni dari PAS/PR. Baru orang2 tertarik dan akan 'menggilai' kita.

Umpama nak 'tackle' perempuan. Kalau kita masih 'cepuah' ala mat rempit @ mat feed, baunya hapak macam kepala bapak ayam, pakaian compang camping, rakyat geli melihat kita.Usahkan nak tawan hati dan minda mereka, kita menjauhkan mereka dari kita.Untuk merealisasikan program 2B ini, Dato Azmi SetPol tahu siapa diluar sana yang dapat membantu. Tapi Dato Azmi telah menjauhkan dirinya dari golongan ini. Usah di harap kepada golongan karyawan dan korporat di KL ni yang memenuhi laman kediaman Tok Pa di pelancaran portal malam tu. Mereka adalah opportunis yang tidak tahu apa tentang 'seni bersahabat' .

(e-mail ini saya kira ada keikhlasannya, tapi ada sedikit persenol agaknya. saya paparkan ini bukan untuk menghina tapi untuk dijadikan asas bagi menjayakan slogan ' berkawan dan berkhidmat' sesuai dengan kehendak YAB Perdana Menteri, 'rakyat didahulukan'.)

3 comments:

exnavy said...

Saya x tahu lah apa setpol tok pa buat, namun setiap kali saya menjenguk bloh umno jeli, saya boleh puji aktiviti tok pa di bahagaina jeli, kalah rasanya dengan blog PM kita. Namun sedikit dukacita dari sya terhadap email yang saya hantar kepada umno jeli dalm blog tersebut, tiada balasan dari pegawai it umno jeli. Saya menyatakan sesuatu yang berguna untuk kebaikan umno kelantan, agar menghubungi saya atau menjawab pertanyaan saya, itu sahja. bukan saya mohon projek ratusan,ribuan malah jutaan ringgit.
Kalau inilah sikap pegawai tok pa, maka tk kemana lah umno di kelantan. pemimpin umno dikelantan semuanya sama sahaja kecuali tok pa. yang lain hampehhhhhhhhhhhhh

deepthroat said...

Pernah Tok PA digelar 'five minutes minister'. Mungkin masih begitu sekarang. Five minutes, that how much time you can have with him, that is if you are really lucky.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Saya SBG PENGANALISIS POLITIK BERKELAHIRAN KELANTAN TERAMAT SETUJU dengan pandangan dan kririkan ini. Tok Pa dan SETPOLnya serta juak2 yg lain masih berada dalam kerangka landskap politik yg dulu kala. Tidak berubah dan tak mahu berubah. Apa yg diharap ialah org lain berubah, maka tunggulah walau semusim lagi atau dua musim lagi kelantan akan masih tetap dikuasai oleh PAS. Bukan susah mengagak apa yg berlaku jika dinilai apa yg sebenar pada hari ini. Hanya ada dua jalan sahaja bg Tok Pa dan gengnya iaitu berubah atau kekal. DOTT.