Monday, February 1, 2010

'Jangan terjah tak tentu kalu'.

Saya setuju seperti lapuran akhbar Utusan Malaysia hari ini, dengan kata-kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Sdr Dali Husin bahawa YBM Tengku Razaleigh ada agenda sendiri apabila bersetuju dengan menjadi ketua kaukus royalti minyak yang disuarakan oleh pihak parti pembangkang.

Tentunya sebagai orang yang serba tahu susun galur sejarah penubuhan Petronas dan banyak pengalaman politik sepak terajang, sama ada dalam UMNO sendiri atau pun parti pembangkang, tentunya Tengku Razaleigh ada buah kilas apabila menawarkan diri dalam satu-satu tugas terutamanya ada kaitan politik, kerana politik zaman ini adalah politik kepentingan diri, seperti juga dengan Sdr Dali Husein, sanggup pegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Kelantan walaupun satu kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa UMNO tak menang, nak bagi contoh penerangan bagaimana kepada ahli parti kerana tempat kita sendiri rakyat tak terima peneranagan kita?. (itu pun penting diri kah).

Itulah saya sarankan supaya ahli-ahli UMNO terutama barisan kepimpinan UMNO Negeri sepatutnya mengelak dari membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan bahawa pemimpin UMNO Kelantan tidak bersatu, lebih baik rapatkan barisan, hadap PAS dan Keadilan betul-betul, kerana masa ini adalah masa YANG TERBAIK UNTUK MENYEDARKAN RAKYAT kELANTAN SUPAYA MENUMBANGKAN KERAJAAN PAS. Tapi kerja mudah ini akan hancur selagi para pemimpin UMNO masih nak jadi hero dengan mengkritik sama sendiri secara terbuka.

Presiden parti, Dato' Seri Najib akan membantu UMNO Kelantan habis-habisan untuk mempastikan penambahan kerusi Parlimen pada pilihanraya umum ke 13 nanti kerana mahu BN menguasai Parlimen 2/3. Dan UMNO Kelantan boleh melakukannya, mampu melaksanakan amanah UMNO itu dengan tidak mengenepikan aktivis dan orang yang berpengaruh bersama-sama dengan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian. Saya teramat YAKIN UMNO boleh menambah kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum ke 13 nanti sekiranya Ketua Bahagian UMNO tidak membuat keputusan secara 'SOLO'.

Janji Dato' Najib untuk menentukan kemenangan dalam pilihanraya nanti, calun adalah orang yang popular dan disukai oleh rakyat, bukan orang yang disukai oleh Ketua Bahagian, sekiranya ini benar-benar terjadi pada pilihanraya umum ke 13 nanti terutamanya untuk negeri Kelantan, bukan saja rakyat mengalu-alukan bahkan PAS pun akan mati akal.

Hanya yang perlu ditambahkan sedikit lagi ialah Dato' Pa kena tambah semangat dan jangan serik. Ramai cerdik pandai anak-anak Kelantan sedang menunggu untuk membantu Dato' Pa. Pesanan buat Dato' Pa. bersahabatlah dengan semua orang yang ada niat untuk menolong, jangan pilih dan memilih. Tolonglah orang yang minta pertolongan bagi mengamalkan slogan 1MALAYSIA, rakyat didahulukan.


No comments: