Sunday, February 28, 2010

Stadium, Politik Ketereh !

Tok Guru Nik Aziz ikut arahan Anuar Musa.

Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu telah usang, sudah tidak tertanggong untuk menampung peminat bolasepak yang terlalu ramai menyaksikan perlawanan setiap kali berlangsungnya di Kelantan, ini kerana pasukan kelantan sejak diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa telah melonjak nama kelantan dalam kelendar bolasepak tanahair.

Anuar Musa dengan dibantu rakan-rakan dalam KAFA seperti Dato' Affandi, Rosmadi Ismail (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu), Nik Ismail (Pengarah Belia Perak) dan para pegawai yang lain telah berusaha dengan gigih bagi memertabatkan pasukan kelantan sehingga berjaya keperingkat akhir pada musim lalu.

Sepatutnya Kelantan sudahpun ada Stadium baru yang kapasitinya boleh memuatkan lebih daripada 50,000 orang peminat bola sepak di Kelantan, Ini telah dijanjikan dalam manifesto pilihanraya 2008 lalu oleh parti UMNO yang ketika itu dipimpin oleh Anuar musa, tapi rakyat kelantan telah menolak apabila parti PAS masih menjadi idaman rakyat kelantan.

Kini Anuar Musa memanjangkan hasratnya untuk mewujudkan Stadium Bolasepak yang baru di kelantan, dicadangkan kepada EPU supaya sebuah stadium didirikan di kelantan bertempat di Gading Galoh, Machang yang bernilai rm500 juta. Manakala PAS pula memohon peruntukan daripada kerajaan pusat supaya Stadium didirikan di tapak bandar baru Tunjung dan tidak akan berlaku pembinaan stadium di Tunjung seperti diminta oleh kerajaan PAS itu selagi PAS tidak ujudkan kerajaan campuran dengan UBN.

Gading Galoh itu adalah pada satu ketika dulu tempat projek pemeliharaan ayam yang dikenali projek 'Telor Emas' yang mana salah satu projek untuk membela rakyat terutama rakyat yang miskin yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Ideal yang cukup disenangi oleh seluruh rakyat terutamanya rakyat dalam Parlimen Ketereh yang mana Tan Sri Anuar Musa adalah Ketua Bahagian. Sudah ramai Ibu Tunggal mendapat nikmati dari usaha projek tersebut, nikmat kewangan bulanan dan tahunan, tapi kini projek itu sudah tidak ada lagi, sudah hanyut bersama hilangnya parlimen Ketereh dari gegaman UMNO dan ADUN Melor serta ADUN Kadok, hanya yang tinggal ADUN Kok Lanas itu pun kerana Dato' Haji Alwi Che Mat jadi calun dengan menang tipis tapi kalau beri kepada Ustaz K, boleh jadi hilang deposit.

Rakyat Kelantan sememangnya amat beruntung kerana kita ada Menteri dan Timbalan Menteri, walaupun UMNO Kalah teruk di Kelantan tapi aliran projek pembangunan tidak terjejas, projek mewah dan prasaran untuk kepentingan rakyat jelata dibuat mengikut keperluan, wang peruntukan melalui JPP yang dikuasai oleh Ketua Bahagian datang mencurah-curah sehingga ada wakil bahagian memonopoli lesen kontraktor kelas "F" sampai berpuluh-puluh.

Seperti di Kok Lanas, orang yang gila nak jadi calun dan sudah dijanjikan tapi apabila tak lekat (dipilih) jadi calun ditukar dengan projek sehingga telah menjadi kaya raya, rumah yang dibuat mengalahkan rumah jawatankuasa UMNO bahagian yang lain. Itulah nikmat berpolitik dalam UMNO Ketereh.

Dan orang Ketereh tentunya merasa megah, sekiranya sebuah Stadium ujud dalam Bahagiannya nanti dan itulah kehebatan Tan Sri Anuar Musa, banyak sentuhannya menjadi, tak kira yang baik ataupun yang kurang menyenangkan, contohnya seperti saya.

No comments: