Sunday, February 14, 2010

Jadi saksi kes rasuah 'boring'.

Hartanya bertimbun-timbun, wangnya berjutaan ringgit. Tak sepadan dengan gaji satu keluarga semasa hayatnya bekerja, tapi kaya entah datang dari mana. Sekiranya itulah asas yang boleh mencurigakan kepada seseorang penjawat awam, maka tidak hanya setiausaha politik dijabatan perdana menteri yang harus disiasat. Banyak lagi orang yang harus SPRM panggil untuk mengambil kenyataan.

Bukan saja berlaku diperingkat pusat, tapi diperingkat negeri pun berlaku juga yang mana ada pegawai kerajaan yang kayanya melimpah ruah terutamanya dinegeri Kelantan. Walau pun Kerajaan negeri tidak cukup wang untuk berbelanja tapi ada dikalangan pegawai kerajaan yang hidupnya teramat mewah.

Rasuah hari ini berlaku dimana-mana, dipasar borong, dipejabat kerajaan, dipejabat swasta, diagensi-agensi kerajaan hatta pun dipadang bola kerana rasuah itu juga sebagai perniagaan yang boleh untung. Yang beri rasuah kerana mahu untung, yang terima rasuah pun mahu untung, kerana ada keuntunganlah maka berlakunya rasuah.

Minta projek kalau tak janji apa-apa belum tentu akan dapat, sama ada projek itu runding terus kah, ataupun projek tender terpilih. Dah jadi rahsia umum tapi tak dapat dicekup kerana kurang bukti. Kepintaran mengatasi segala-galanya, yang kena cekup itu kerana tidak ada ilmu kepintaran yang boleh melekakan SPRM.

Cuba lihat, yang kena cekup atau kena dakwa adalah ikan-ikan bilis yang angka rasuahnya teramat kecil, yang makan besar, tangkap besar, jarang-jarang ada, kalau ada pun kerana ada pihak yang tidak puas hati dalam pengagihan reziki 'rompakan khazanah'.

SPRM akan teruskan usahanya untuk menjejaki mereka-meraka yang didapati melakukan rasuah sehingga ada akta baru yang mana sekiranya saksi berpaling tadah maka saksi itu akan didakwa seberat-beratnya. Siapa yang nak menjadi saksi sekiranya pada akhir nanti dia sendiri yang masuk penjara kerana memberi kenyataan yang bercanggah?.

Dan kadang-kadang jadi saksi paling 'boring' kerana terpaksa hadir apabila dapat sepina dari SPRM dan setelah hadir kes pula ditunda ketarikh lain, satu tahun belum tentu selesai, seperti saya yang menjadi saksi pihak pendakwa dalam kes rasuah bekas pegawai seorang menteri sehingga sekarang belum ada lagi tarikh baru untuk perbicaraan, kesnya telah berlarut sudah dua tahun. Bila agaknya akan End.

No comments: