Thursday, February 25, 2010

'Peneroka FELDA', BN dalam bahaya?

peneroka dan pemimpin pembangkang jumpa suhakam. (gambar malaysiakini)

Kedudukan Kerajaan BN akan tergugat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti sekiranya 55 kawasan parlimen pengundinya yang dikuasai oleh peneroka FELDA mengundi parti pembangkang. Ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya pihak tertinggi FELDA tidak memandang serius apa yang tidak puas hati oleh peneroka FELDA.

Wujudnya FELDA kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat melayu luar bandar yang miskin yang harus dibela dan diberi rezeki untuk membesar anak-anak yang memerlukan kehidupan sempurna dan pelajaran yang selesa. Dan hasrat kerajaan telah berjaya kerana sekarang ini ramai generasi kedua dalam tanah rancangan FELDA telah menjadi manusia yang cerdik pandai.

Tapi malangnya ada anak-anak peneroka dan penoraka sendiri salah diasuh, sehingga lupa kepada jasa dan budi kerajaan yang telah memberi peluang kepada mereka sehingga hari ini mereka dapat hidup senang. Kenapa ini terjadi?

Kegagalan Ahli Lembaga Pengarah FELDA meletakkan agensi itu kearah peneroka yang mengenag budi adalah gagal kerana mereka tidak mengambil serius bagi menjaga kebajikan peneroka tapi lebih kepada mahu melihat FELDA dapat untung dalam bidang perniagaan sehingga pembelian buah kelapa sawit selalu menjadi perdebatan diantara peneroka dan pengurusan kilang.

Ahli Lembaga Pengarah FELDA sekarang sudah menjadi 'Mark Time' dan sudah sampai masanya pihak kerajaan menukar mereka itu dengan tenaga baru yang boleh meredakan kemarahan peneroka kepada kerajaan dan dapat menyelesaikan masaalah yang berlaku dalam rancangan FELDA. Pemimpin FELDA juga wajib turun padang sepertimana yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Yusof Noor sudah tidak mampu untuk mengajak peneroka FELDA supaya meninggalkan parti pembangkang dan menyokong BN 100% kerana pendekatannya tidak lagi mesra dan segala tindakannya boleh dikatakan ikut nasihat pegawai. Sedangkan sudah menjadi rahsia umum ada pegawai FELDA yang miripnya menyokong parti pembangkang.

Tahukah Yusof Noor dan ALP FELDA bahawa pada pilihanraya yang lalu BN hanya mendapat undi peneroka sebanyak 75% sahaja dan bagaimana sekiranya pada PRU 13 nanti sebanyak 21% undi lagi akan berpihak kepada pembangkang, dan tidak mustahil kalau dilihat pada gelora yang melanda FELDA sekarang. Bagaimana pemimpin parti pembangkang boleh bersama-sama dengan peneroka dan anak muda peneroka duduk bersama dan mengadakan perhimpunan bagi menghentam pengurusan FELDA secara terbuka sedangkan disitulah tempat periuk nasi mereka.

Peneroka sudah tidak malu kepada kepimpinan FELDA dan tentunya undi mereka nanti akan berpihak kepada pembangkang. Oleh itu FELDA hendaklah secara serius mengadakan tidakbalas bagi mempastikan undi peneroka pada PRU ke 13 nanti tidak kurang supaya sebanyak 55 kerusi Parlimen yang penentunya adalah peneroka akan berpihak kepada BN.

Semaasa saya berkhidmat di Kementerian Kemjuan Tanah dan Wilayah dulu bersama Dato' Romzi, Ismail Awang, Dato' Shokur dan ramai lagi, Peneroka FELDA tidaklah berpolitik menyokong pembangkang seperti hari ini. Dan hari ini dimana silapnya?.

1 comment:

aliffnajmi said...

Kepada peneroka dan anak peneroka yg mampu berfikir, fikirkanlah apa yg Tuan Man buat masa beliau menguasai Jengka ketika dulu kemudian bandingkan apa yg BN buat. Macam langit dan bumi.