Tuesday, June 1, 2010

SPRM di Kelantan.

'orang politik jadi buruan'

Kedudukan ahli-ahli politik di negeri Kelantan, tidak kira dari PAS atau pun UMNO mulai terasa bahan dengan keseriusan pihak SPRM membuka fail siasatan berhubung amalan rasuah yang telah dilapurkan oleh orangramai kepada badan tersebut.

Dari Pejabat Menteri Besar hinggalah kepada pejabat UMNO Bahagian diseluruh negeri Kelantan akan menjadi fokus pihak SPRM bagi menjalankan siasatan dan membuat pendakwaan sekiranya lapuran yang diterima itu ada bukti yang kukuh terdapat berlakunya rasuah jenayah dikalangan pemimpin parti politik.

Diantara isu yang disalurkan oleh orangramai terhadap pemimpin Kerajaan dan parti politik adalah berhubung dengan kehidupan yang terlampau mewah dikalangan mereka. Orangramai menghitung dari duit gaji sejak mula mereka bertugas sehingga hari ini adalah jauh beza pendapatan sebenar dengan apa yang mereka ada pada hari ini.

Was-was tersebutlah yang menyebabkan rakyat curiga terhadap mereka, dari manakah harta dan kemewahan yang diperolehi oleh mereka itu sedangkan gajinya tidaklah boleh membuat mereka itu tenggelam dalam kemewahan dengan wang dan harta yang berkarung.

Ada dikalangan pemimpin politik yang berjawatan dalam kerajaan dan berkuasa diperingkat bahagian mempunyai rumah besar seperti istana, kereta besar dan mewah, pakaian yang berjenama harga mahal, jam tangan ratusan ribu, buka satu tapi banyak dan berbagai-bagai kemewahan yang ada pada mereka yang boleh dicurigakan.

Lantaran itu adalah menasabah pihak SPRM menjejaki mereka dengan secara serius sesuai dengan motto Suruhanjaya tersebut yang akan bertindak terhadap pengamal rasuah sehingga ke akar umbi. Terdekat mungkin ada pemimpin parti politik dari negeri kelantan akan didakwa dimahkamah diatas tuduhan rasuah.

Bersedialah mereka itu untuk menghadapi ujian hidup ini, siapkanlah peguam-peguam yang handal yang boleh melepas dan membebaskan mereka dari terperuk kedalam penjara besi yang memisahkan mereka dengan harta yang berkarung itu. Tapi tak usah takut kalau tidak melakukannya kerana negara kita sentiasa mengamalkan ketelusan dalam menjatuhkan hukum kepada rakyatnya.

Tahniah kepada SPRM kerana menjalankan tugas dengan tidak memilih bulu. Yang melakukan rasuah jenayah patut dihukum penjara, cepatkan proses pendakwaan supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dari terus mengamalkan rasuah.

1 comment:

Unknown said...

Sepatut nya dari awal lagi SPRM bertindak tegas tampa mengira bulu
samaada yg terlibat dari pas atau
umno,janji nya pasti bersifat adil
frofesional,tampa mengalah kpd tekanan2 politik samaada dari kerajaan negeri atau pusat.perkara
ini rasa nya yg di nanti oleh rakya
t selama ini, dan dengan itu negara
kita akan di berkati allah dgn keredhaan nya dan keamponan.