Yang masih jadi tanda tanya. Bila agaknya tarikh PRU 13 apabila semua parti-parti politik di Malaysia telah selesai mengadakan perhimpunan Agong. Tahun 2012 sudah hampir menjadi sejarah. banyak sejarah duka dan luka telah berlaku terutamanya apabila Dato' Seri Mohd Ali Rastam tak sempat menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Jawapan kepada isu Cincin yang bernilai berjuta-juta ringgit yang dihebohkan dalam media massa satu ketika dulu belum ada penghujungnya. Kegunaan jet peribadi oleh Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia belum dijawab, Lembu yang dibela oleh suami Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil belum berkesudahan.
Komesin kapal selam scorpene masih jadi tandatanya, kehilangan wang negara berbillion ringgit tak ada jawapan dan siapakah peguam yang menyediakan akuan bersumpah kedua oleh P. Balasurbaniam belum didedah lagi terbaru penglibatan Ketua Wanita UMNO Selangor dalam urusan tanah dengan Deepak Jaikishan masih di mahkamah.
Yang masih terbaru pendedahan berani seorang ahli perniagaan karpet iaitu Deepak Jaikishan berhubung isu penglibatan keluarga Perdana Menteri Malaysia dalam penyediaan SD kedua yang ditandatangani oleh P. Balasurbamanium yang ada kaitan dengan kes model Monggolia yang mati dibunuh secara kejam.
Mahkamah pula telah menetapkan pendengaran rayuan oleh Azilah dan Sairul yang dijatuh hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah, pada 11hb. June 2013 iaitu selepas PRU ke 13. Semuanya akan berkemundang dalam kempen Pilihanraya nanti.
Banyak lagi isu-isu yang akan dibangkitkan apabila bubarnya Parlimen nanti. Isu Felda, Isu Royalti. Isu Pendidikan, Isu Ketirisan dan Rasuah, isu penyalahangunaan kuasa, isu keborosan dan lain-lain pastinya mengambil tempat dipenats-pentas ceramah PR.
Kebanyakan negara yang telah lama dikuasai oleh pemerintah telah jatuh dan bertukar tangan, manakala negara Amerika dan Jepun selalu bertukar kerajaan. Kesedaran rakyat untuk melihat sebuah negara yang tidak jumud sekarang ini memucak. Malaysia juga tidak akan terlepas daripada senario rakyat mahu melihat perubahan.
Parti mana yang menang dalam PRU 13 nanti yang pastinya Perdana Menteri adalah orang melayu dan Islam, ini telah dinyata dengan terang oleh parti-parti politik yang mahu bertanding dalam PRU nanti yang mana BN akan mengekalkan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri manakala DAP dan PKR telah menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.
Disini jelas rakyat telah dijanjikan bahawa parti mana yang akan menang dalam PRU nanti, Perdana Menteri adalah orang melayu dan Islam. jadi kempen yang mengatakan bahawa sekiranya rakyat memilih PR untuk merintah Malaysia kuasa akan jatuh kepada bangsa asing adalah kempen yang tidak berharga.
Pilihanraya umum ke 13 ini rakyat diberi peluang secukupnya untuk memikir dan memilih parti mana yang lebih utamakan membela rakyat kerana perlembagaan Malaysia telah memberi ruang kepada rakyat selama lima tahun sekali untuk memilih parti yang akan membentuk kerajaan.
Kerajaan BN telah lama diberi peluang untuk mentadbir negara, rakyat tahu dan rasa akan kebolehan, kelebihan dan kekurangannya. tapi rakyat Malaysia belum pernah berada dibawah kerajaan baru. Apakah PRU13 ini, rakyat akan mengubah rasa kerana perlembagaan Malaysia membenarkanya.
No comments:
Post a Comment