Wednesday, December 26, 2012

Mangsa Banjir jadi Mangsa Politik di Kelantan.

Banjir sudah bermula di Negeri Kelantan.



Inilah masanya bagi mereka yang telah diberi tugas sebagai Pengarah Pilihanraya DUN atau pun Parlimen turun padang dengan berbekalkan gula, beras dan biskut untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.

Yang pastinya, mangsa banjir di Kelantan tahun ini akan mendapat lambakan bantuan dan bekalan kerana bukan saja kerajaan akan menyediakan bantuan tapi mereka-mereka yang bersiap menunjukkan keprihantinan kepada mangsa juga akan membawa bekalan bantuan untuk menunjukkan simpati kepada mangsa banjir.

Perlumbaan memberi khidmat dan bantuan kepada mangsa banjir akan dapat diperhatikan apabila banjir sampai keparas bahaya. Tentunya mereka yang berminat untuk dicalunkan oleh parti masing-masing akan bersekang mata untuk terjun kedalam air bagi cepat sampai ketempat banjir.

Di Kelantan musim ini bukan saja hujan dan air banjir menjadi tempat tumpuan pesta air, tapi ianya akan di penohi dengan mereka-mereka yang ingin memasang 'body' supaya dianggap sebagai jaguh masyarakat semuga parti memilihnya sebagai calun pilihanraya.

Sebenarnya ada orang yang suka apabila banjir melanda Kelantan, mereka bukan kira pun masaalah yang akan dihadapi oleh mangsa banjir, tapi mereka mahu banjir berlaku kerana mereka akan mengambil kesempatan untuk mendampingi dengan rakyat sebelum menjelang pilihanraya.

No comments: