Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.
Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.
Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.
Rakyat teringin benar untuk melihat kerajaan berubah, mahu merasai janji-janji yang diedarkan oleh PR melalui buku jingga. Banyak keistimewaan sedang menanti dan akan dinikmati oleh rakyat sekiranya PR dapat memerintah Malaysia, Siapakah muka-muka baru akan mengangkat sumpah sebagai Menteri, itu juga jadi penantian oleh rakyat.
Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat' bagaimanakah nasib mereka yang melakukah rasuah, menyalah guna kuasa semasa menjadi kerajaan dan nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap tapi tertangguh kerana campur tangan orang besar negara kini.
Bagaimana nasib Dato' Seri Najib dan Menteri-Menteri apabila kerajaan berubah, bagaimana keadaan UMNO dan masa depan parti tersebut, Siapa yang akan mengepalai Petronas dan GLC lainnya dan berapa ramai yang terpaksa dipenjara kerana semasa memerintah sekarang telah berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat dan negara.
Semua maklum bahawa sekarang ini PR ada 82 kerusi, bererti PR memerlukan hanya 31 kerusi lagi untuk menjatuhkan kerajaan BN, angka tersebut bukan payah bagi PR untuk mendapatnya kerana rata-rata sekarang ini rakyat dengan senang hati untuk memberi sokongan kepada PR bermula dari Johor hinggalah ke Sabah, 31 kerusi bukan lagi sebagai angka yang susah untuk didapati.
Setelah penamaan calun bermula nanti, maka bermulalah kejatuhan BN, 'pemecaman' yang boleh dilihat siapakah yang akan dicalun oleh BN di Negeri Sabah dan Serawak, kerana negeri2 tersebut sekarang ini bukan lagi kerusi jaminan untuk BN. Ramai yang telah berpaling tadah.
No comments:
Post a Comment