Thursday, December 27, 2012

BN & cita-cita 2/3.

Pilihanraya ke 13 akan menyaksikan pertembungan agenda yang memikat diantara kerajaan BN dan parti pembangkang iaitu PR. Ini dapat dilihat dalam percaturan startegi parti-parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum kelak.

Pihak BN akan mengerakkan jentera partinya dengan berlandaskan kepada empat perkara penting yang menjadi idaman. iaitu menang 2/3 mejoriti kerusi parlimen, menawan kembali empat negeri yang diperintah parti PR dan menambah undi mejoriti.

Manakala PR berminat untuk menawan PUTRAJAYA. menambahkan bilangan ahli perlimen  dan menambah bilangan negeri untuk dimiliki oleh PR seperti Negeri Sembilan dan Sabah disamping mengekalkan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Hasrat kedua-dua pihak BN dan PR ada alasan yang menasabah dan masih menjadi perhitungan dikalangan pengundi yang tidak tegar. Adalah didapati kedua-dua pihak telah dapat meyakini 80% pengundi bagi memberi sokongan kepada parti masing-masing, sebagaimana didapati 40% akan memberi sokongan kepada BN dan 40% akan memberi sokongan .kepada PR

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini memberi pendapat, bahawa keputusan PRU13 nanti adalah sangat sengit dan tidak akan berlaku kemenangan yang totol akan diperolehi oleh BN atau pun PR walaupun BN dan PR mengatur startegi yang lebih lasak untuk mencapai kemenagan yang mutlak.

BN merancang untuk tambah   25 kerusi lagi iaitu untuk menang dan ambil kembali yang telah ditawan oleh PR pada pilihanraya 2008 lalu untuk mencapai impian mendapat 2/3 mejoriti sedangkan gerakan yang dilakukan oleh PR kini untuk ke PUTRAJAYA hampir tercapai.

Idamana BN untuk menambah kerusi Parlimen juga ada resionalnya sekira BN dapat pertahankan kerusi yang telah dimenangi kini dengan menukar calun-calun yang dilihat sudah tidak relevan dan menjadi penyakit kepada BN, begitu juga dengan PR.

Persoalannya mampukah PR mempertahankan kerusi Perlimen yang sedia ada, kerana sebelum ini pun PR tidak mampu untuk menghalang ahli Perlimen yang menang atas tiket PR terus kekal menyokng PR tapi apa yang terjadi beberapa orang yang dulunya menang atas tiket PR tapi lari meninggalkan PR dengan wajah yang dayus. Sedangkan dalam BN tidak berlaku.

Tambahan pula kini nampak jelas, PR masih tebal memegang prinsip setiakawan untuk pembahagian kerusi yang mana tidak akan ada pertukaran kerusi walaupun kerusi itu dilihat akan kalah. Bagaimana akan ke PUTRAJAYA apabila kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2008 tapi akan menerima kekalahan pada PRU 13 sedangkan untuk menambah 32 kerusi bukan kerja yang mudah bagi PR ke PUTRAJAYA.

Disinilah kelebihan yang ada pada BN untuk percaturan politik terkini walaupun nampak jelas rakyat sedang menolak kerajaan BN tapi kepimpinan BN masih berusaha dan mahu mendengar rintihan rakyat dan sanggup korbankan keputusan yang dicapai terdahulu demi menentukan semua kerusi dapat dimenanginya. lain pula dengan PR.

PR masih buntu bagi mempastikan supaya kerusi yang telah dimenangi akan terus kekal menang, masing-masing parti dalam PR bermegah untuk bertanding banyak kerusi dan mengekalkan pengagihan dulu walaupun sudah jelas kerusi tersebut susah untuk menang sekiranya tidak berlaku pertukaran parti yang bertanding.

Kekalahan BN dalam PRU 13 nanti bukan kerana salah startegi tapi kerana rakyat sudah muak dan mahu mencuba kerajaan baru  dibawah PR sebab perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat memilih pembentukan kerajaan selama 5 tahun sekali, sekiranya janji-janji kerajaan PR tidak ditepati rakyat tentunya akan menukar kerajaan pada pilihanraya yang ke 14 dijangka tahun 2018 iaitu dua tahun sebelum berakhirnya wawasan 2020.

Skiranya PR gagal menang bagi membentuk kerajaan pada pilihanraya nanti, itu tandanya bukan rakyat tidak mahu pada PR tapi rakyat menolak PR kerana kedegilan para pemimpin PR dan tidak mampu mengantur startegi kerana lebih kepada menjaga diri sendiri dari mengambil risiko untuk mencapai kemenangan.

PR sepatutnya memikirkan cita-cita ke PUTRAJAYA kerana masanya dah hampir tiba. Biar bertanding sedikit kerusi tapi menang semua daripada bertanding banyak kerusi tapi banyak yang kalah. Dalam arus perjuangan yang maha getir ini adalah diingatkan kepada mereka-mereka yang berminat jadi jaguh jangan amalkan keputusan yang berlandaskan mahu popular tapi buatlah keputusan yang tidak populor tapi mencapai kejayaan. Ertinya jangan 'agah dan jangan kedekut'.

Tentunya menjelang PRU13, apabila parlimen dibubarkan watak-watak syaitan akan memenohi pentas-pentas ceramah BN bagi menghalang PR dari terus mara ke PUTRAJAYA. Gambar-gambar yang diposting ini adalah diantara mereka yang akan diperalatkan untuk mematah kemaraan PR.


No comments: