Dunia politik Malaysia makin 'gelisah' ekoran banyak benda-benda yang tidak disangka berlaku. Kedua-dua pihak sama ada BN atau PR, kedua--duanya diterjah dalam isu kesempitan diantara benar atau pun tidak, hanya cerita atau pun kenyataan. Rakyat sedang memerhati.
PR didapati tidak sepakat atau belum bersedia untuk bersatu dalam isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekiranya BN kalah dalam PRU nanti. PAS belum muktamad untuk menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim. manakala DAP secara terang mengistiharkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim lah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU kelak.
Inilah isu yang dipalu oleh UMNO dan BN terhadap PR. kerana walaupun nama PR tapi belum ada kesepakatan untuk menamakan bakal Perdana Menteri sekiranya PR memerintah Malaysia. Pelik juga apabila dikaji, kenapa PAS tidak lagi memgambil kata putus siapakah yang patut diangkat sebagai Perdana Menteri disebelah PR. Alasan yang diberi oleh Setiausaha Agong PAS bahawa calun Perdana Menteri mestilah menang dalam Pilihanraya baru boleh dinamakan adalah tidak berapa kemas walaupun ada kebenarannya tapi nampak longgar dalam istilah PR. Kerana pihak BN telahpun bersetuju bahawa Dato' Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang.
Walaupun isu dipihak PR sedikit hanya berkisar diatas perlantikan Perdana Menteri tapi ianya boleh menjadi 'ugah' kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat PKR. Sedangkan PR bercita-cita besar untuk ke PUTRAJAYA, kenapa PAS masih lagi tidak dapat mengiktiraf calun yang paling layak adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimana pun adalah dipercayai isu Perdana Menteri tidak menghalang cita-cita PR untuk memacu kejayaan yang besar dalam PRU 13 nanti kerana semangat setia kawan adalah begitu 'kejap' diantara parti-parti dalam PR.
Lainlah pula dipihak BN sekarang kerana parti tunjangnya iaitu UMNO sedang sakit, sakit kerana isu terhadap pemimpinnya dibongkar satu demi satu yang paling terbaru yang akan boleh melemahkan sokongan rakyat kepada UMNO apabila pemimpinnya dikaitkan dengan kes berprofail tinggi yang menakutkan.
Tambahan pula ada dikalangan pembesar UMNO sedang menanti untuk meneguk diair keruh supaya berlaku sesautu terhadap Presiden UMNO sebelum PRU. Mengambil kesempatan diatas kejatuhan kawan dalam politik UMNO adalah amalan biasa.
Sejak Tengku Ab.Rahman Putra Al-Haj lagi sudah berlaku 'cah keting' didalam UMNO. Tengku dipaksa berhenti secara terhormat oleh orang dikelilingnya, begitu juga dengan Tun Husein Onn sehinggalah ke zaman Tun Abdullah Badawi yang secara halus dipaksa berhenti walaupun untuk berhenti sebagai Perdana Menteri itu bukan kehendak hati Tun Abdullah sendiri.
Tidak mustahil isu yang didedahkan oleh Deepak Jaikishan yang terbaru ada hubung kait dengan perang dingin dalam UMNO kini, walaupun dalam UMNO sekarang nampak seperti air tasik yang tenang tapi jangan disangka tak ada buaya yang liar yang hanya mengunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mengganas.
Apa pun penafian yang dibuat terhadap isu yang dibangkitkan oleh Deepak Jaikishan, ianya tidak mudah dipadam kerana setiap hari rakyat menunggu untuk mengetahui kisah sebenar, siapa peguam yang sedaikan akuan bersumpah kedua P. Balaisurbamaniam, siapa orang yang ingin mendedahkan cerita sebenar dan siapa sebenarnya pembunuh.
Percayalah, ramai dikalangan pemimpin UMNO sekarang becita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Terbukti apabila tak ada seorang pun yang bangkit untuk mengheret Deepak Jaikishan kemuka pengadilan sekiranya cerita yang didedahkan itu tidak benar dan fitnah. Kenapa UMNO berdiam diri apabila Presidennya di 'ejek' oleh seorang penjual karpek.
Apakah dalam UMNO kini ada 'gunting' dalam lipatan.
No comments:
Post a Comment