Kesanggupan YAB Tak Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di DUN Cempaka pada pilihanraya umum ke 13 melegakan saya. Sinar-sinar kegemilangan PAS Kelantan terpancar indah, pintu pintu impian UMNO Kelantan telah pudar dan kelam. 100% PAS akan terus menjadi Kerajaan di Negeri Kelantan selepas pilihanraya umum nanti.
Berkat Tok Guru, Kelantan akan terus membangun bersama Islam, semuga tidak akan ada suara-suara sumbang untuk mempertikai kesihatan Tok Guru untuk terus bertanding dalam PRU 13 kerana bab kata Tok Guru 'Saya masih mampu melawan pihak menentang Islam' kerana kata Tok Guru isu kesihatan tubuh badan bukan menjadi faktor utama untuk bertanding pilihanraya melawan UMNO hanya cukup dengan pemikiran yang baik.
Jelas semangat untuk terus melawan golongan yang suka menabur fitnah, Rasuah dan Kezaliman menjadi agenda utama PR dalam PRU 13 ini, Kejayaan pasti tercapai kerana rakyat menyukai membentuk sebuah kerajaan yang betul-betul bersih dan menentang kemungkaran. Tok Guru adalah lambang kesucian dalam perjuangan untuk menegakkan Islam.
Walaupun sejak akhir-akhir ini bertali arus fitnah dihala kepada Tok Guru Nik Aziz tapi Tok Guru mampu menghadapi dengan tenang yang melambangkan seorang ulama yang sanggup menempuh arus fitnah yang maha hebat. Terbukti Tok Guru berjaya menghadapinya.dengan tabah.
Semakin banyak fitnah dilemparkan kepada Tok Guru, semakin hampir PAS dan PR ke PUTRAJAYA kerana rakyat akan membalas fitnah itu dengan memberi undi kepada PAS dan PR, Protes rakyat secara senyap akan membuat UMNO dan BN hilang arah apabila Parlimen dibubarkan nanti. Rakyat sedang menanti waktu pembubaran perlimen dalam keadaan resah kerana semangat berkobar-kobar untuk menukar kerajaan yang Rasuah dan Zalim.
Tok Guru Nik Aziz mengaku, beliau tidak mampu untuk lawan bertumbuk, tapi beliau masih bersemangat waja untuk melawan UMNO dan melawan pihak menentang Islam. Semangat ini lah yang ditanam dalam setiap hati remaja Islam bagi diguna untuk menyangah fitnah terhadap Tok Guru dan PAS.
Yang tua sudah sebati dengan Tok Guru, yang muda mulai merindui Tok Guru. Yang dulu UMNO telah beriman bersama Tok Guru kerana sebagai orang Islam semuanya mahu jadi manusia mulia dan bermaruah. Mati beriman.
No comments:
Post a Comment