Mengikut Prof Dr.Radin, setiap hari dikira 2 orang maut kerana kemalangan dijalanraya. Itu mungkin kecuaian yang lakukan oleh manusia dan tentunya berpuloh-puloh kemalangan berlaku setiap hari dan berpoluh orang juga cedera dan dimasukkan ke hospital. Apakah ini semua kerana di Malaysia hari ini terdapat jalanraya yang baik dan lebuhraya yang bagus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang boleh mengerbonkan nyawa manusia.
Jawabnya ya dan tidak.
Ya, kemalangan berlaku kerana kecuaian manusia yang banyaknya, cuai kerana jalan raya yang elok dan memuaskan menyebabkan pemandu kadang-kadang lalai dengan kelajuan kenderaan walaupun banyak papan tanda disediakan bagi mengingatkan had laju dan kawasan yang berbahaya. tapi cuai tetap berlaku.
Tidak. kerana tidak mungkin pemandu berhasrat memusnahkan hidupnya dengan membiarkan nyawa dipertaruhkan diatas jalanraya, kecualilah pemandu tersebut dipengaruhi dengan unsur hayal seperti dadah dan arak. Kemalangan berlaku kerana kecuaian dan kecelakaan. Tidak ada sesiapapun minta kemalangan berlaku kecuali orang itu gila (hilang akal).
Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kecelakaan jalanraya telah dilakukan sejak lama dan berbagai-bagai cara, papan tanda ada dimerata-rata tempat sebagai petunjuk kepada pengguna jalanraya, tapi kemalangan tetap juga berlaku, kadang-kadang kemalangan yang ringin dan ada yang menerima kecelakaan kemalangan yang mengerikan, mengorbankan nyawa.
Baru-baru ini kerajaan memperkenalkan satu alat bagi mencari kesalahan pengguna jalanraya. Satu sistem dipasang bagi memerangkap pemandu dan tuan punya kenderaan untuk memunggut hasil kepada syarikat dan kerajaan. Kecoh seluruh negara sehinggalan pihak Peguam Negara mengeluarkan satu arahan supaya sistem yang memerangkap untuk menunggah wang secara mudah dihentikan.
Automated Enforcement Syastem (AES) diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu keadah memeras wang pemandu dan pemilik kenderaan dengan mudah yang mana sekiranya camera sistem AES tersebut mengambil gambar mana-mana kenderaan secara automatik dikenakan denda tanpa belas kasihan. Satu sistem yang dianggap zalim.
Tahukah kerajaan, bahawa tidak semua pemandu dan pemilik kenderaan tak ada 'otak', hanya yang tak ada otak saja yang sanggup memandu untuk membunuh diri, yang waras akan memandu secekapnya, kelajuan juga di pecut ditempat yang kira selamat, melebihi had laju tidak semestinya menempah maut kerana dijalan yang lurus tidak ada perbedzaan ketara mamandu dengan kelajuan 90 km dengan 110 km sejam, tapi menjadi satu kesalahan dan diwajibkan bayar apabila AES memerangkap had laju tersebut.
Kerajaan akan dilihat cerdik sekiranya denda yang di anjurkan oleh AES dibayar balik kepada tuannya wang denda yang dikenakan terdahulu daripada ini akibat sistem memerangkap itu dan terus membatalkan perangkap membebankan rakyat yang dinamakan AES itu kerana rakyat diberitahu sistem AES itu tidak boleh mengurangkan kemalangan jalanraya, tidak boleh menyelamatkan kematian, kerana sebenarnya kerajaan secara sukarela membiarkan perangkap dipasang untuk membebankan pemandu jalanraya dan pemilik kenderaan.
Banyak lagi cara untuk memberi kefahaman kepada pemandu dan pemilik kenderaan supaya berhati-hati dijalan raya, mengajar adalah lebih baik dari memerangkap dan denda, undang-undang yang ada sudah mencukupi bagi mengajar pesalah jalanraya hanya yang perlu tindakan hendaklah dilaksanakan secukupnya.
Persoalan yang dibanghkitkan, apa perlunya AES sedangkan dah banyak peraturan dan undang-undang jalanraya dinegera ini, laksanakan dengan jujur kerana rakyat Malaysia masih menghormati undang-undang. Buat apa ujudkan sistem yang membebankan yang banyak menimbulkan persoalan. Apakah AES itu diadakan kerana untuk mencegah atau untuk memerangkap wang rakyat.
No comments:
Post a Comment