Dah melampau.
Apabila masyarakat keturunan cina dari parti Gerakan Negeri Sembilan sengaja datang ke Kota Bharu s mahu mencabar MPKB BRI dengan niat untuk menghina rakyat negeri Kelantan.
Lelaki cina itu datang untuk mendandan rambut di premis gunting rambut wanita. Cina tersebut sengaja nak mencabar orang Islam Kelantan. Lelaki cina tersebut dikatakan dari parti Gerakan iaitu salah satu parti yang bersama dengan UMNO memerintah Malaysia.
Apakah UMNO Kelantan menyokong tindakan lelaki cina dari parti Gerakan itu yang secara terang-terang untuk menunjukkan mereka boleh buat apa saja di Negeri Kelantan. Betul undang-undang tidak menyekat mereka itu untuk datang ke Kelantan mendendan rambut tapi kedatangan mereka dengan niat untuk mencabar rakyat negeri Kelantan dengan bermegah apabila mendandan rambut dengan wanita dalam suasana isu mendendan rambut belum selesai.
Nampaknya lelaki cina tersebut dah naik toncang.
Kini sudah sampai masanya MPKB BRI menutup semua premis yang tidak berlesen, penguatkuasa mesti bertindak tegas, jangan ada ketirisan dalam MPKB BRI, rumah karaoke, disko dan pub yang tidak berlesen hendaklah ditutup segera walaupun tempat tersebut tidak dikunjungi oleh orang Islam.
Orang cina Kelantan diminta jangan terikut-ikut dengan cina Gerakan daripada Negeri Sembilan itu, Masyarakat cina Kelantan sudah masak dengan budaya orang Kelantan, dalam apa keadaan sekali pun orang melayu Kelantan tidak suka apabila mereka dicabar. Jangan kerana politik, orang UMNO Kelantan tidak sansitif dengan tindakan lelaki cina dari parti Gerakan itu.
Sudah sampai masanya orang Melayu Kelantan bersatu untuk menghalang mana-mana orang atau kumpulan orang yang cuba mencabar pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang, khasnya mencabar kesucian Islam.
Selain dari isu kedai gunting rambut yang cuba disansitifkan oleh lelaki Gerakan tersebut kini terdapat isu baru yang dibangkit oleh masyarakat cina berhubung tangkapan yang dibuat oleh MPKB BRI terhadap pasangan cina yang telah melakukan mukadimah zina. Satu perbuatan yang mengaibkan, Sepatutnya masyarakat cina berterima kasih kepada MPKB BRI yang berjaya mencegah perbuatan yang tidak bermoral itu seperti yang dilakukan oleh bintang.
Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang UMNO sengaja mencari helah untuk menyokong tindakan cina Gerakan itu dengan mengaikkan persoalan hudud, sedangkan perkara sebenar yang ada didepan kita sekarang ialah Islam sedang dicabar.
Kini rakyat sedang menunggu tindakan tegas diambil oleh MPKB BRI seperti penutupan tempat tempat hiburan yang tidak berlesen. Sekiranya Kerajaan Kelantan tegas dalam isu tersebut sudah pasti rakyat Kelantan akan bersama Kerajaan PAS pada PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment