Menarik juga apabila mendengar pemberitahuan oleh Dato' Johan Jaafar berhubung dengan niat Penal Perunding dan Pencegah Rasuah PPPR yang mahu semua parti politik menghantar nama-nama calun untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kepada SPRM untuk ditapis.
Tujuan untuk menentukan calun-calun yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah dan bagi mengelakkan tomahan tidak berasas terhadap individu atau pun parti calun tersebut. Disamping itu juga semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah mengistiharkan harta kepada SPRM bagi menunjukkan komitmen mereka melawan rasuah.Termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta Menteri Besar & Ketua Menteri.
Molek dan elok nampak dan bunyinya. Gambaran yang dapat disebalik ukiran yang disarankan oleh PPPR itu jelas menunjukkan isu rasuah adalah menjadi penentu untuk rakyat membuat pilihan siapa yang layak jadi wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. Sekiranya cadangan itu dapat dilaksanakan sudah boleh diagak kemenangan pertama berpihak kepada PR.
Saranan dan cadangan PPPR itu telah menjadi agenda utama dalam kempen dan ceramah PR. Hapuskan rasuah dan istiharkan harta para pemimpin memang dialu-alukan oleh PR sekiranya pihak Kerajaan benar-benar berhasrat melaksanakannya. Apa yang bimbang seruan PPPR itu tidak mendapat sambutan dipihak parti-parti yang mewakili Kerajaan BN kerana cadangan PPPR itu seperti membenarkan laungan PR.
Rasuah selalu dikaitkan dengan pemimpin UMNO, beberapa orang dari UMNO telah didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah kerana melakukan rasuah. Rasuah cuba hendak dikaitkan dengan pemimpin PR tapi gagal kerana tak ada seorang pun pemimpin PR dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana melakukan rasuah.
Dalam niat yang baik disarankan oleh PPPR itu ada perkara yang tak masuk akal, iaitu saranan bagi mencadangkan dilarang pemberian hamper atau pun cenderahati patut dihentikan. Cuba kita renong. pemberian selalunya berlaku dimusim perayaan yang mana ada pemimpin memberi kain pelekat, kek dan wang kepada ahli partinya supaya sambutan perayaan dikalangan mereka akan meriah. Apakah budaya memeriahkan mereka yang berjasa kepada parti patut diberhentikan. Tak masuk akalkan.
Jangan kerana mahu dilihat bersih tapi cadangannya tidak bersih, saranan yang boleh menjauhkan para pemimpin dengan pengikut, ingat sekiranya pemberian yang ikhlas disekat ianya akan memudarat kepada pemberian secara tersembunyi dan pemberian secara tersembunyi akan menimbulkan wasangka dan fitnah.
Perkara pertama yang patut ahli PPPR mengambil langkah ialah semuanya ahli PPPR patut mengistihar harta masing-masing kepada SPRM sebagai contoh dan tauladan kepada bakal-bakal calun piliharaya umum ke 13 untuk memberi semangat kepada mereka yang akan menjadi calun supaya berlapang dada apabila mahu turun ke gelanggang rakyat bersesuai dengan slogan ' berjuang untuk keadilan dan menentang kemungkaran'.
No comments:
Post a Comment